Monday, January 31, 2011

Permainan Yang Tiada Kesungguhan

Terengganu memulakan cabaran awal dalam saingan musim baru Liga Super dengan hanya mengutip satu mata setelah mengikat Sabah dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Buat kali pertama setelah kira-kira tiga dekad perlawanan diadakan pada sebelah petang, skuad negeri tampil dalam kesamaran apabila gagal untuk melakar kemenangan dalam perlawanan sulung.

Ia memberi gambaran tidak menyenangkan tentang kemungkinan skuad penyu sukar merangkak jauh dan mendongak tinggi musim ini, pada ketika penyokong begitu mengimpikan kedudukan lebih baik berbanding di tangga ketiga musim lalu.

Mujur pasukan pelawat turut gagal mengambil kesempatan daripada rentak hambar tuan rumah dengan kesukaran menembusi barisan pertahanan di padang yang tidak begitu sempurna itu.

Beraksi dalam keadaan gugup, tiada tendangan ke arah gol sehingga pada minit ke-28 apabila penyandang kasut emas, Ashaari Shamsuddin yang dikawal ketat menendang lemah untuk dikutip mudah oleh penjaga gol, Azizon Kadir.

Keadaan berubah sedikit dengan aksi lebih bertenaga pada babak kedua apabila Reshafiq Alwi dan Ismail Faruqi Ashari mula menguasai pergerakan di bahagian tengah.

Namun, perubahan itu masih belum cukup memberi impak, biarpun tuan rumah mempamerkan aksi lebih menarik pada lewat permainan.

Terengganu mempunyai peluang untuk berada di depan pada minit ke-77, tetapi rembatan Reshafiq tersasar dan peluang terbaik diperoleh menerusi ketua pasukan, Marzuki Yusof pada minit ke-87 tetapi tandukannya melepasi gawang.

Bermain tanpa penyerang Manaf Mamat yang mengalami kecederaan lutut, mungkin menjadi salah satu alasan mengapa serangan kurang bertenaga selain terlalu mengejarkan kemenangan.

Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh mengakui pemainnya hilang fokus sehingga menampilkan persembahan yang tidak berada pada tahap sepatutnya.

Wednesday, January 26, 2011

PETEH Bersedia








PETEH bersedia untuk membangkit semangat pemain-pemain pasukan Terengganu sepanjang perlawanan di musim ini. Di bantu TFC & Ultras Tranung, latihan sorak diadakan dua kali seminggu bagi memantapkan lagi sorakan. Setiap ahli akan membawa bendera dan mafla untuk dikibarkan bagi meniup semangat kepada pemain-pemain untuk mengalahkan pasukan lawan.

Terengganu Nelang dan Peteh Terengganu Peteh akan berkemundang di stadium nanti.

TIGA bekas pemain Kelantan bebas.

Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose serta bekas kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin disahkan bebas untuk beraksi dengan pasukan baru pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Indra, Farhan dan Azizi kini menyarung jersi T-Team manakala Azidan menyarung jersi Selangor.

Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang semalam mendapati notis tawaran lanjutan kontrak yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kepada pemain-pemain terbabit adalah tidak sah.

Pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, notis tawaran lanjutan kontrak yang dikemukakan KAFA dan KLFA itu didapati tidak mematuhi tempoh tiga bulan yang ditetapkan serta tidak disertakan terma dan syarat untuk kontrak baru.

“Peraturan 10.1 menyebut bahawa notis tawaran lanjutan kontrak perlu diberikan kepada pemain tiga bulan sebelum kontraknya tamat.

“Peraturan 10.2 pula menyebut bahawa notis tersebut perlu disertakan dengan terma dan syarat untuk kontrak baru seperti gaji, sambung berapa lama, bonus, elaun dan sebagainya.

“Peraturan 10.3 pula menyebut bahawa pemain perlu menjawab notis tersebut dalam tempoh 30 hari selepas menerimanya.

“Untuk kes Indra, Farhan dan Azizi, kontrak mereka tamat pada 30 November 2010 iaitu 30 hari selepas perlawanan terakhir Kelantan (30 Oktober). Notis sepatutnya diberi sebelum 30 Ogos tetapi KAFA hanya beri notis itu pada 1 September.

“Bagi kes Azidan, kontraknya tamat pada 8 November 2010 iaitu 30 hari selepas perlawanan terakhir Kuala Lumpur (9 Oktober). Notis sepatutnya diberi sebelum 8 Ogos tetapi KLFA hanya beri notis itu pada 6 September.

“Jadi memang jelaslah Peraturan 10.1 gagal dipatuhi oleh KAFA dan KLFA. Maka notis dikeluarkan mereka itu tidak sah,” kata Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Saturday, January 22, 2011

Monday, January 17, 2011

Lampu Limpah Jangka Siap 26. Januari


MAJLIS Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sedang giat membuat kerja memasang lampu baru bagi menggantikan lampu lama di Stadium Sultan Ismail Nasirudidn Shah, Kuala Terengganu supaya perlawanan Liga Super dapat dijalankan pada waktu malam.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi jaminan lampu limpah di stadium itu diganti baru untuk memenuhi piawaian minimum 800 lux sebelum berlangsung Liga Super, dan berikutan itu MBKT mengambil tindakan memasang segera lampu limpah baru melebihi 800 lux yang dijangka siap 25 Januari ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh berterima kasih kepada Menteri Besar yang dapat menyelesaikan masalah itu dengan cepat untuk memastikan semua perlawanan Liga Super diadakan pada waktu malam.
Katanya, kerja-kerja pemasangan lampu limpah baru sedang giat dijalankan MBKT sejak dua minggu lalu.

"Apabila masalah lampu di stadium yang tidak memenuhi piawaian minimum 800 lux itu dikemukakan kepada kerajaan Terengganu, Menteri Besar terus memberi persetujuan supaya lampu lama diganti dengan yang baru," katanya, semalam.

Jawatan Kuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan arahan mengadakan perlawanan pada sebelah petang selepas mendapati lampu limpah stadium bagi pasukan Sabah, Perak, Johor FC, Kelantan, Terengganu dan T-Team tidak memenuhi piawaian.

Che Mat bersyukur masalah yang dihadapi itu bakal selesai dan mengharapkan jumlah peminat bola sepak tempatan bertambah ramai untuk memberi sokongan kepada Terengganu dan T-Team.

Sunday, January 16, 2011

Tanpa Bintang Mecari Sebuah Trofi

APABILA Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sentiasa sibuk menguruskan hal ehwal negeri masih berminat untuk berbicara tentang bola sepak, maka ia harus dianggap sebagai permintaan besar yang harus disempurnakan oleh skuad Terengganu.

Isyarat itu bukan setakat untuk mencipta kemenangan, tetapi lebih daripada itu.

Bola sepak melibatkan maruah dan imej negeri, jadi kejuaraan perlu dikecapi.

Jika tidak, mana mungkin Ahmad berani menjanjikan habuan lumayan kepada pemain-pemain Terengganu yang dipertanggungjawabkan menggalas cabaran negeri dari Pantai Timur itu.

Memang benar, Ahmad sentiasa memantau perkembangan pasukan Terengganu dari sudut yang lebih serius.

Dia mahu pasukan itu tampil dengan komitmen serta disiplin yang tinggi kerana ia jaminan untuk meraih kejayaan.

Ahmad sedar bahawa tanpa elemen tersebut, kejayaan tidak mampu dicapai.

Persoalannya, mampukah harapan itu direalisasikan oleh pemain?

Secara matematiknya, sudah 10 tahun Terengganu melalui kemarau.

Ia bermakna, sudah hampir 10 tahun juga rakyat Terengganu kempunan untuk melihat sekurang-kurangnya satu piala di arak di seluruh pelosok negeri itu.

Kali terakhir pesta bola sepak berlaku di negeri Terengganu adalah pada tahun 2001.

Ketika itu, skuad generasi emas dibarisi Sapian Wahid, Wan Rohaimi Wan Ismail dan Rosdi Talib dijulang megah selepas menewaskan Perak 2-1 di pentas final Piala Malaysia.

Sejak detik itu, gendang terus dipalu dan sorakan kian bersatu di setiap sudut stadium.

Namun penyudahnya, sang penyu tetap layu.

Sayang, revolusi yang cuba dibawa sejak 2001 itu untuk melihat Terengganu sekali lagi bergelar juara tidak kesampaian.

Selangor, kuasa No. 1 bola sepak Malaysia masih mendominasi carta.

Kelantan pula sudah mula mencipta nama.

Kini, menjelang aksi pembuka tirai Liga Super 2010 pada 29 Januari ini, seluruh kudrat pemain-pemain Terengganu dikerah mengikut percaturan jurulatih penuh pengalaman, Irfan Bakti.

Misi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan misi Irfan sendiri adalah untuk merealisasikan impian Menteri Besar.

"Tidak kira apa berlaku, kita perlu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini," tegas Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh.

"Saya tidak nampak satu pun kekurangan dalam pasukan ini kerana saya melihat semua pemain memiliki kredibiliti dan semangat untuk menang."

Bagi Irfan, agenda utamanya adalah untuk memburu piala Liga Super.

Baginya, prestij yang ada pada Liga Super begitu diimpikan oleh setiap jurulatih dan kejayaan memenangi saingan itu sudah cukup untuk membuktikan kekuatan yang ada pada skuad kendaliannya itu.

"Kalau boleh, kita mahu menang semuanya, tetapi kita perlu realisitik. Secara peribadi, saya begitu mengimpikan untuk memenangi gelaran Liga Super.

"Liga Super bukan setakat liga paling berprestij di negara ini, tetapi kejayaan muncul juara Liga Super merupakan satu kejayaan besar. Ia memerlukan konsistensi sepanjang musim dan memerlukan persiapan paling maksimum," jelasnya.

Tetapi uniknya, Irfan seperti tidak berminat untuk menyandarkan persiapan pasukan dengan hanya menumpukan kepada pemain bertaraf bintang sahaja.

Sebaliknya, bekas pengendali yang pernah menabur bakti bersama kelab Indonesia, Persipura Jayapura ini lebih suka menilai anak buahnya sebagai sebuah pasukan yang bergerak seiringan.

"Kita tidak perlukan pemain bintang kerana saya cukup yakin dengan kemampuan pemain yang ada. Ia telah dibuktikan apabila kami mampu menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu selain mara sehingga ke pusingan separuh akhir Piala FA," tambah Irfan.

Sebagai percaturan awal, Irfan telah mendapatkan khidmat sembilan pemain baru untuk saingan musim ini termasuk tiga bekas pemain T-Team iaitu Abdul Hadi Yahya, Ismail Faruqi Asharir dan Mohd. Shahril Sa'ari.

Turut dibawa masuk ialah bekas bintang tengah KL Plus kelahiran Sarawak, Reeshafiq Alwi dan dua pertahanan Pahang, Hasmizan Kamaroddin serta Nik Zul Aziz Nawawi.

"Semua pemain yang dibawa masuk musim ini adalah pemain-pemain yang saya rasa mampu memberi impak kepada pasukan," ujarnya.

Malah katanya, kombinasi pemain muda dan lama seperti kapten pasukan, Marzuki Yusof, Ronny Harun, Abdul Manaf Mamat dan bintang Harimau Malaya, Ashari Shamsudin merupakan kombinasi bijak yang mampu menghadirkan kejayaan.

"Jujur saya katakan bahawa ini adalah antara skuad terbaik pernah saya peroleh. Kami mempunyai penjaga gol berpengalaman seperti Sharbinee Alawee, Marzuki sebagai pertahanan kental, Ashari yang bijak mengawal permainan serta Manaf yang mempunyai penyudah kemas," tambah Irfan.

Kempen Menjadi Ahli


PETEH akan mengadakan Hari intraksi dengan ahli-ahli pada 22.Jan 2011. PETEH bercadang untuk membawa ahli-ahli beramah mesra dengan pemain-pemain Terengganu. Ahli diwajid membawa kawan-kawan yang belum menjadi ahli untuk menyertai PETEH.

Bayaran Daftar Masuk RM50 Semusim. Kad Ahli Dan Baju Club Disediakan. Sila bawa 2 Keping Gambar Bersaiz Pasport Dan photostaf IC. Kelebihan menjadi ahli ialah Tiket Masuk RM5 Sahaja ,Tidak Perlu Beratur Untuk Membeli Tiket, Tshirt percuma, tempat duduk disediakan. dan boleh mengikut aktiviti Peteh.

Wednesday, January 12, 2011

Mungkin Dikena Tindakan?

TIGA bekas pemain Kelantan diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayuddin yang bertindak menyertai T-Team untuk saingan Liga Malaysia 2011 berkemungkinan berdepan dengan penggantungan satu musim serta denda sehingga RM25,000 setiap orang sekiranya di dapati bersalah.

Namun semuanya bergantung kepada budi bicara dan pertimbangan yang bakal di putuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuaratnya pada penghujung bulan ini.

Kes berkenaan antara yang ditangguh jawatankuasa itu selepas bermesyuarat kelmarin diketuai oleh pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan penangguhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai prosedur jawatankuasa itu untuk menjadi lebih telus di dalam mengendalikan sesuatu perkara.


“Salah satu langkah yang diputuskan adalah memanggil pihak membuat aduan dan yang dituduh untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara yang menjadi pertikaian,” kata nya.


Selain Indra Putra, dua lagi tonggak Kelantan musim la lu adalah pemain sayap, Norfarhan Muhammad dan pemain pertahanan, Azizi Mat Rose menyertai T-Team musim ini walaupun dilaporkan masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Warriors itu.

Tindakan tiga pemain itu dilaporkan menjejaskan persiapan Kelantan bagi menghadapi saingan liga musim ditambah dengan pengguguran beberapa pemain berpengalaman seperti Hairuddin Omar dan Che Hishammuddin Hassan. Mereka dikatakan tidak membalas surat tawaran lanjutan kontrak yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan di dalam tempoh ditetapkan sekali gus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.

Sebelum ini Takiyuddin tu rut menjelaskan perkara itu dengan berkata pemain perlu membalas tawaran kontrak lanjutan itu di dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pemain tidak menerima tawaran dalam tempoh tiga bulan sebelum tamatnya kontrak, mereka berhak untuk mencari pasukan lain.

Bos Bola Terengganu Tidak Sihat


Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini sejak Sabtu lalu selepas mengadu kepenatan dan tidak sihat.

Menurut Che Mat, sebelum dimasukkan ke hospital itu, beliau melawat beberapa kawasan yang dilanda ribut termasuk sebuah kedai keropok lekor yang rosak akibat dihempap pokok di daerah ini.

Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk bagaimanapun berkata, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Nibong di sini, penglihatan Che Mat tiba-tiba kabur sebelum ke sebuah klinik swasta untuk rawatan.

"Pakar perubatan sedang memantau tahap kesihatan saya dan sedang mengesan punca penyakit yang dihidapi," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini, semalam.

Sebelum itu, Che Mat turut menerima lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Che Mat memberitahu, beliau masih belum pasti bila dibenarkan pulang, namun tambahnya, tahap kesihatannya kini semakin pulih.

Kelab PETEH mendoakan supaya Dato Cepat Sembuh dan membawa pasukan Terengganu ke puncak kejayaan. Amin.

Tuesday, January 11, 2011

Jersey Terengganu & T Team

Jersi untuk pasukan Terengganu yang di taja oleh Spec.

Jersi untuk pasukan T Team yang ditaja oleh ADMIRAL

Menandatangan Perjanjian Kontrak Pemain

Zairo & Haris pemain T Team menandatangan perjanjian kontrak di saksikan oleh Menteri Besar Terengganu.
Mohd Ashaari & Shabinee Alawee yang mewakili pasukan Terengganu sedang menandatangan perjanjian. Majlis ini diadakan pada 10.1.2011 di Primula Hotel.

MB Terengganu Raikan Pemain Terengganu






YAB Menteri Besar Terengganu telah menghadiri majlis meraikan pemain-pemain 6 anak Terengganu yang mewakili Malaysia di Kejohanan AFF Piala Suzuki 2010. Mereka ialah Shabinee Alwee (Kuala Terengganu), Mohd Ashaari (Marang), Muslim Ahmad (Kuala Terengganu), Faizal Mohd (Marang), Izaq Harris (Kemaman) dan Norsharul Idlan (Besut).

Dalam majlis itu, Menteri Besar Terengganu juga menyaksi majlis menandatangani Tajaan pakaian sukan untuk pasukan Terengganu (Spec) & T Team (Admiral) dan Penjanjian kontrak pemain pasukan Terengganu & T Team.

Dalam majlis ini. Menteri Besar Terengganu berjanji akan membawa pasukan yang berjaya memenangi piala ke London.

Saturday, January 8, 2011

Laluan Mudah Untuk Terengganu

Berdasar prestasi tahun lepas, pasukan Terengganu untuk ke perlawanan akhir piala FA agak mudah untuk tahun ini. Beberapa pasukan yang dianggap penghalang berada di kumpulan lain dan hanya bertemu di peringkat akhir sahaja. Hanya pasukan Negeri Sembilan dianggap percabar Terengganu.

T Team pula akan menghadapi pasukan yang pernah menghalang Terengganu mara ke akhir pada tahun lepas iaitu Kedah. TTeam akan terpaksa menghadapi Kelantan diperlawanan pertama pada bulan febuari.

Thursday, January 6, 2011

MB Arah Tambah Lagi Lampu Limpah



Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan supaya menggantikan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), bagi membolehkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia diadakan di venue tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ini kerana kecerahan lampu limpah di stadium berkenaan tidak mencapai standard yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya telah dimaklum mengenai perkara itu dan saya telah arahkan JKR mengganti lampu yang baru kerana tidak cukup cahaya untuk perlawanan pada waktu malam,'' katanya semalam.

Ahmad berkata, kerjaan negeri memandang serius perkara tersebut, kerana SSINS satu-satunya stadium yang ada di Terengganu untuk pertandingan bola sepak.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada mulanya merancang untuk merobohkan stadium yang berusia lebih 40 tahun itu, tetapi terpaksa dibatalkan kerana Stadium Sultan Mizan roboh pada Jun 2009.

"Oleh kerana Stadium Sultan Mizan akan dibaiki dan ia memakan masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan, maka SSINS terpaksa digunakan buat sementara waktu," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata, masalah kecerahan cahaya lampu limpah itu juga menyebabkan pasukan Terengganu terpaksa berlatih di tempat lain.

PBSNT telah memohon kepada Majlis Banda Raya Kuala Terengganu agar mengatasi masalah tersebut dan difahamkan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat, katanya.

Wednesday, January 5, 2011

Satu Trofi Akan Dirangkul


TERENGGANU menghadapi Liga Malaysia musim ini dengan sasaran merangkul sekurang-kurangnya satu trofi - sama ada Piala FA, Liga Super atau Piala Malaysia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dalam pertemuan dengan pemain musim ini kelmarin, berkata gandingan pemain berpengalaman termasuk dua pemain Harimau Malaya, Mohamad Ashaari Samsuddin dan penjaga gol, Mohd Sarbinee Allawee Ramli bersama lapan pemain baru dijangka mampu mengangkat Sang Penyu sebagai pasukan terkuat.

Dalam empat perlawanan persahabatan dengan Negeri Sembilan, Felda United, Pos Malaysia dan Kuala Lumpur tanpa khidmat dua pemain kebangsaan itu, pemain semakin menunjukkan keserasian dan peningkatan sekalipun mencatat satu kemenangan dan tiga seri.

“Kalau 10 tahun lalu Terengganu menjulang Piala Malaysia buat pertama kali, tahun ini kita akan cuba mengulanginya,” kata Che Mat.

Terengganu menaruh kepercayaan dengan mengekalkan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim yang mengakui tidak berdepan banyak masalah membentuk pasukan mantap musim ini hasil gandingan pemain berpengalaman dan muka baru.

Skuad Terengganu kini giat menjalani latihan pada setiap petang di padang Pusat Latihan Telekom di Rusila, Marang berikutan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sedang menjalani proses pembaikan.

Tuesday, January 4, 2011

Rai Wira Terengganu Piala Suzuki



Peteh telah dijemput oleh Persatuan Bolaksepak Terengganu ke majlis meraikan pemain-pemain Terengganu yang membantu Timnas Malaysia merebut Suzuki Cupdi Jakarta. Seramai 5 pemain berasal Terengganu telah hadir bersama keluarganya iaitu Asahari Samsuddin, Shabinee Alwi, Muslim Muhammad, Izaaq Harris dan Faizal Muhammad. Penyerang sensasi Terengganu Manaf Mamat juga di rai kerana mewakili Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Sea 2009 .

Yang DiPertua PBSNT Dato Che Mat Jusuh telah menyampaikan hadiah penghargaan kepada pemain-pemain tersebut.

Monday, January 3, 2011

Pemain Terengganu Habuan

Pemain tersebut ialah Mohd. Ashaari Shamsuddin dan Mohd. Sharbinee Alawee, yang kini mewakili skuad Terengganu serta Norshahrul Idlan Talaha dari skuad Kelantan.

Tiga lagi pemain skuad Harimau Muda A iaitu Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Faizal Muhammad dan Izzaq Faris Ramlan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, majlis tersebut akan diadakan di sini, serentak dengan majlis menandatangani perjanjian para pemain skuad Terengganu dan T-Team.

Beliau memberitahu, pada majlis tersebut, pemain terbabit akan menerima imbuhan RM5,000 seorang dan diberi borang bagi urusan pemberian sebidang tanah untuk kediaman.

Beliau berkata demikian selepas selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Sabtu lalu, beliau mengumumkan pemberian insentif tersebut kepada enam pemain berkenaan sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam mengharumkan nama negara dan negeri.

Menurut Menteri Besar, pemberian insentif itu menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan Terengganu cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk pelajaran.

Pada 29 Disember lalu, skuad kebangsaan di bawah kendalian jurulatih K. Rajagobal menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta dengan agregat 4-2.

TTeam Mampu Kalahkan Kelantan


T-Team memiliki kelebihan tersendiri apabila bertemu juara Piala Malaysia 2010 Kelantan dalam pertandingan Piala FA 2011, menurut jurulatihnya Yunus Alif.

Beliau berkata, kelebihan T-Team ialah kerana ia mempunyai bekas pemain Kelantan iaitu Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose.

"Sebagai bekas pemain tunggak Kelantan, sudah pasti mereka tahu bagaimana untuk mengatasi pasukan itu," katanya ketika dihubungi semalam.

T-Team akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan dengan format kalah mati pada 19 Februari ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Mengulas lanjut, Yunus berkata pengalaman ketiga-tiga bekas pemain Kelantan itu penting, bukan sahaja untuk Piala FA, tetapi juga untuk mengharungi saingan Piala Malaysia dan liga.

Yunus berkata, keadaan pasukan T-Team musim ini boleh dikatakan mantap dalam semua posisi dan bersedia menghadapi cabaran daripada pasukan pasukan hebat.

Selain membawa masuk bekas pemain Kelantan itu, T-Team juga membariskan ramai bekas pemain kebangsaan seperti Rosdi Talib, Sobri Sulong, Syamsuri Mustafa dan Haris Safwan Kamal.

"Saya akan cuba gabungkan pengalaman pemain-pemain ini supaya menjadi sebuah pasukan yang disegani dan mantap," katanya.

Yunus berkata, kecemerlangan pasukan T-Team untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan hebat tahun ini akan diserlahkan dalam beberapa perlawanan persahabatan yang diadakan.

Beliau berkata, setiap pemain menunjukkan prestasi dan semangat yang tinggi bagi membantu pasukan T-Team menjuarai salah satu piala musim ini