Tuesday, June 28, 2011

Perlawanan Terakhir Perlu Menang

JUARA baru Piala FA, Terengganu kembali turun menjalani latihan dalam usaha meningkatkan keupayaan sebenar dan anak buah Irfan Bakti Abu Salim sesungguhnya ada misi getir apabila menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 6 Julai ini.

Hanya kemenangan sahaja mampu menghidupkan peluang pasukan, itu pun jika pasukan tetangga, Kelantan tewas mengejut kepada Sabah pada hari yang sama di gelanggang lawan.
Jurulatih, Irfan berkata, memandang peluang masih terbuka untuk pasukan berbuat demikian, tidak ada pilihan melainkan mempertajamkan barisan serangan supaya dapat menjaringkan gol kemenangan apabila berdepan cabaran Kuala Lumpur.
“Saya bersyukur kerana jentera serangan diketuai Abdul Hadi Yahya berganding bersama Manaf Mamat dan Ashaari Samsuddin mampu mengalas tugas dengan baik jika peluang terhidang depan mata,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, semalam. Irfan Bakti berkata, sebagai pemain barisan serangan, ketiga-tiga mereka itu sudah membuktikan kehebatan masing-masing dengan melakukan jaringan gol dalam perlawanan sebelum ini.

“Saya yakin Abdul Hadi yang menyertai skuad kebangsaan sudah menunjukkan kehebatannya dalam perlawanan persahabatan dengan Myamar di Kota Bharu dengan memecah kubu pertahanan lawan,” katanya. Irfan lega kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang masalah kecederaan dan boleh menurunkan kesebelasan utama nanti.

Monday, June 13, 2011

Perang Lorat Pantai Timur

Terengganu akhirnya berjaya menamatkan penantian lebih sedekad apabila berjaya bergelar juara Piala FA 2011 selepas menundukkan pasukan jiran, Kelantan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.
Pengorbanan penyokong pasukan itu yang terpaksa mengharungi perjalanan hampir lapan jam dari Terengganu ke Kuala Lumpur, berbaloi apabila pasukan kesayangan mereka muncul juara walaupun pada satu ketika, impian itu hampir lebur apabila pasukan tetangga itu berjaya mendapatkan gol pendahuluan.

Selain perlawanan yang menghiburkan oleh kedua-dua pasukan pada malam itu, ada sesuatu yang menarik yang mungkin tidak ramai yang sedar mengenainya iaitu penggunaan dialek atau loghat percakapan oleh kedua-dua penyokong pasukan.

Ia bermula sejak jam 5 petang di luar stadium apabila penyokong yang baru tiba terus bersorak dan menyanyi lagu rakyat negeri masing-masing. Penyokong Terengganu yang sering melaungkan ‘Peteh Terengganu Peteh’ dan menyanyi lagu rakyat seperti lagu Jong-Jong Inai dan Watimang Landok. Suasana mula gamat apabila bermulanya detik sepak mula perlawanan akhir itu dengan penyokong Terengganu mula melaungkan kata-kata seperti ‘Terengganu nelang lening (Terengganu hebat sekarang), Kelatang dok rok cetong (Kelantan bukan hebat sangat), guane gamok pasukan kita? (macam mana pasukan kita) dan Tranung nok bahang blake piala tahung ning (Terengganu nak dapatkan semua piala tahun ini).

Penggunaan dialek berubah agak kasar ketika kedua-dua pasukan sering berbalas serangan dan hampir menjaringkan gol... ramai penyokong Terengganu meluahkan perkataan seperti ‘celakak’ (celaka); ‘bodo ketok’ (bodoh sangat); ‘lagu tu pung dok gol’ (macam itu pun tidak boleh gol) dan ‘dok tahu starang guanne dok bulih masuk tuh’ (tak tahu macam mana tidak boleh jaringkan gol) dan ‘paler colok’ (tandukan yang tidak menepati sasaran). Penonton juga dilihat turut mencarut dan memaki hamun pengadil kerana tidak puas hati dengan tindakannya yang memberi sepakan percuma kepada pihak lawan dan melayangkan kad kuning kepada pemain kesayangan mereka.

Antara ungkapan yang diluahkan mereka adalah ‘menatang anak harang’ (binatang anak haram); dan mung nok kena enjja ke pengadil? (kau nak kena terajang ke pengadil?) Terdapat juga penggunaan dialek yang memberi kesan positif kepada pemain Terengganu terutama selepas jaringan penyamaan dan kemenangan pasukan itu. Antara kata pemberi semangat ialah ‘jeng doh Kelatang tuh’ (moral pemain Kelantan sudah turun), wei sutir lagi boh (jaringkan satu gol lagi), bahang piala doh kite malang nih (Kita akan dapat piala malam ini) dan Kelatang bulih balik kapung doh (Kelantan sudah boleh balik). Sebaik saja wisel penamat ditiup, penyokong Terengganu akhirnya bergembira dan ada yang sujud syukur kerana menjadi juara.

Wira Terengganu



Nordin Alias menjaring gol kemenangan untuk Terenggnu pada minit 110.

Terengganu Juara SUKMA Kali Ke 3 Berturut-turut




terengganu Cuti Pada 19.6.11


Hadiah untuk pemain-pemain bolasepak Terengganu ialah sebuah laptop, pitis rm10,000 seorang & lawatan ke eropah.
Untuk juara SUKMA ialah emas rm5,000, perak rm3,000 & gangsa rm2,000.
Untuk rakyat Terengganu ialah cuti pd ahad 19 jun ini.
Untuk pemain ke 12 ialah terima kasih , terima kasih, terima kasih Daudsu

Yang Mana Kegembiraan Yang Sejati?


Penyokong Terengganu


Rakyat Terengganu Raikan Ketibaan Piala FA






PENYOKONG Terengganu rai kejayaan julang Piala FA. Penyokong dan pemain pasukan Penyu mengarak Piala FA ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selepas pasukan itu menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil,

Sunday, June 12, 2011

Piala Diarak Ke bandaraya

Pada 13hb jun jam 9.00 mlm di Taman Syahbandar majlis penyerahan Piala F.A dan Sukma 2011 kpd YAB .Menteri Besar Terengganu. Semua di jemput hadir

Kecewa Sangat




Daudsu Kecewakan Kelantan


Piala FA Dalam Genggaman Pemain


Gimik Penyokong Terengganu






Pulohan Ribu hitam Putih