Monday, August 29, 2011

Posisi Zubir Ada Penggantinya


Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Aku Salim dijangka menamakan kesebelasan utama pasukannya minggu depan setelah menilai prestasi mereka.

Beliau berkata, posisi pemain pertahanan akan menjadi fokus utamanya setelah ketiadaan Mohd. Zubir Azmi yang akan mewakili skuad Olimpik.

"Di bahagian pertahanan sekarang, kita ada Marzuki (Yusof), Mazlizam (Mohamad) dan pemain baru, Faizal (Mohamad) yang dipinjamkan daripada skuad Harimau Muda.

"Alhamdulillah. Saya tengok mereka bermain baik setakat ini dan saya harap kita dapat beri yang terbaik pada hari sebenar perlawanan (perlawanan pembukaan menentang Sime Darby FC pada 6 September ini)," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang tetangga, T-Team di Stadium Nasiruddin Shah yang berakhir dengan keputusan 2-2, kelmarin.

Menyentuh pertemuan tersebut, Irfan berkata, dia berpuas hati walaupun pasukannya tidak mempamerkan aksi rancak seperti biasa.

"Saya tak kisah kepada keputusan (seri 2-2) walaupun inilah satu-satunya perlawanan persahabatan yang kami lalui sebelum memulakan kempen Piala Malaysia musim ini," katanya.

Jelas beliau, apa yang penting ialah, para pemain perlu memberikan komitmen yang jitu sebaik kempen Piala Malaysia bermula nanti.

Terengganu pernah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 2001 dan muncul sebagai naib juara pada tahun 1973, 1982 dan 1998.

Wednesday, August 17, 2011

Uji pemain melalui Perlawanan Persahabatan

Impian T-Team untuk meminjam penyerang Perlis, Faiz Subri bagi mengharungi Piala Malaysia tidak kesampaian apabila pemain itu tidak dilepaskan oleh majikannya.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, beliau sangat mengharapkan Faiz untuk memperkuatkan jentera serangan pasukannya.

"Kita rasa terkilan, tetapi apa boleh buat majikannya tidak melepaskan pemain itu untuk membantu kita," katanya semalam.

Yunus bagaimanapun sedikit terubat apabila dapat meminjam pemain MP Muar FC, Mohd. Fitri Omar dan KL Pos Malaysia, Mohd Jibrail Kamaron Baharin.

Beliau berharap kedua-dua pemain berkenaan dapat membantu T-Team untuk merealisasikan impian memasuki pertandingan akhir piala berprestij itu.

Sebelum kempen Piala Malaysia bermula, Yunus berkata, T-Team akan diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan dengan Sime Darby, PKNS, Felda dan Kelantan.

Beliau berkata, perlawanan persahabatan bertujuan untuk melihat sejauh mana kemampuan pasukannya dan persefahaman pemain di semua posisi.

Yunus berkata, T-Team akan membuka tirai Piala Malaysia dengan menentang Selangor pada 6 September, diikuti Kuala Lumpur dan PDRM.

Beliau berkata, untuk menghadapi Selangor, T-Team yakin mampu mengatasinya lebih-lebih lagi T-Team bermain di gelanggang sendiri.

Yunus berkata, pemain T-Team akan diberi rehat selama lima hari untuk menyambut Aidilfitri mulai 28 Ogos sebelum kembali berlatih pada 3 September.

Hadi Memburu Piala Malaysia

Penyerang berbisa Terengganu Abdul Hadi Yahya bertekad membantu pasukannya memburu Piala Malaysia.

Menurutnya, sewaktu mewakili pasukan kebangsaan baru-baru ini persembahannya kurang memberangsangkan dan saingan Piala Malaysia adalah peluang terbaik untuk menebus kekecewaan tersebut.

Katanya, semua pasukan yang layak bersaingan pada saingan Piala Malaysia adalah pasukan yang bagus dan rata-rata pernah menjuarai Piala Malaysia.

"Semua pasukan bertanding masing-masing punya kelebihan tersendiri dan jangan ambil mudah dengan setiap lawan yang akan ditentang," katanya semalam.

Menurut anak kelahiran Klang, Selangor ini, Terengganu mempunyai kelebihan dengan tujuh orang pemain Terengganu telah mewakili pasukan negara.

"Ramai pemain Terengganu mempunyai pengalaman setelah beraksi bersama pasukan negara dan diharap pengalaman itu dapat digunakan sepenuhnya bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bulan depan," katanya.

Abdul Hadi yang juga mepenjaring terbanyak dalam saingan Liga Super musim lepas berharap dapat mengulangi lagi kejayaan manis itu.

Friday, August 12, 2011

Terengganu Pinjam Pertahanan Harimau Muda

Mohd Faizal Mohammad sebelah kanan sekali.

Pemain pertahanan Harimau Muda, Faizal Mohamad dipinjam kepada Terengganu bagi menghadapi Piala Malaysia.

Penolong Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, Faizal yang berasal dari Marang merupakan pemain tunggal yang dipinjam Terengganu.

"Untuk pertandingan Piala Malaysia, kita cuma pinjam seorang pemain pasukan Harimau Muda bagi memastikan kecemerlangan kita dalam kejohanan itu," katanya semalam.

Beliau percaya barisan pertahanan Terengganu akan bertambah kental dengan kehadiran pemain tersebut.

"Faizal mula berlatih sejak semalam bersama-sama pemain yang lain," katanya yang juga Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Sheikh Tajudin juga berkata, walaupun pemain pertahanan Mohd. Zubir Azmi tidak dapat bersama Terengganu dalam empat perlawanan awal, ia tidak membimbangkan kerana ada pengganti kepada pemain itu.

Mohd. Zubir menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan.

Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS dan Sime Darby diletakkan dalam Kumpulan B undian Piala Malaysia.

Sunday, August 7, 2011

Kumpulan Piala Malaysia

Jadual Piala Malaysia


6 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Johor vs Kedah | Sabah vs Perak

KUMP B -> Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan

KUMP C -> Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC

KUMP D -> PDRM vs Selangor | K.Lumpur vs T-Team


10 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor

KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby

KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak

KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM


13 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah

KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS

KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd

KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur


17 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah

KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS

KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda

KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur


24 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak

KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan

KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC

KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team


27 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor

KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby

KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak

KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM


*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*


SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)

1 - D2 vs A1, A1 vs D2

2 - C2 vs B1, B1 vs C2

3 - B2 vs C1, C1 vs B2

4 - A2 vs D1, D1 vs A2


SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)

5 - Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1

6 - Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2


PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)

Pemenang 5 vs Pemenang 6

Saturday, August 6, 2011

TTeam Ambil Penjaring Terbanyak Liga Perdana

T-Team dijangka membariskan beberapa penyerang berbisa bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula 6 September ini.

Jurulatih pasukan itu, Yunus Alif mempertaruhkan harapan membawa pulang piala berprestij tersebut tahun ini di bahu penjaring terbanyak Liga Perdana iaitu Mohd Fitri Omar dari MP Muar FC, serta Mohamad Nor Farhan Mohamad dan Indra Putra Mahayudin.
"Kita yakin pasukan T'Team akan lebih menyengat dan disegani lawan dengan adanya barisan penyerang ini," katanya kepada pemberita.Yunus juga berkata, beliau yakin pasukan berstatus kelab yang dibarisi pemain berpengalaman itu mampu pergi lebih jauh dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini.

Yunus berkata T-Team berazam membawa pulang Piala Malaysia dan bagi mencapai sasaran itu, mereka terpaksa menggunakan khidmat beberapa pemain luar bagi memantapkan lagi pasukan tersebut.Sehubungan itu, beliau berkata T-Team terpaksa bekerja keras untuk mencapai matlamat itu kerana keupayaan pasukan yang bertanding tidak boleh dipandang mudah.Katanya, T-Team membuat persediaan bagi menghadapi kejohanan berprestij itu sebaik sahaja pertandingan Liga Super berakhir.

Beliau berkata, percaturan menggabungkan ketiga-tiga pemain diharap mampu melahirkan barisan penyerang yang mantap dan berbisa.

Beliau berkata, beberapa perlawanan persahabatan juga diatur di Selangor bagi menguji keupayaan pemain dan pasukan T-Team selepas Aidilfitri.Perlawanan bagi Piala Malaysia diundi semalam dan T-Team ditempatkan dalam kumpulan D bersama pasukan Selangor, Kuala Lumpur serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).