Monday, October 29, 2012

Pemain Import kedua Minggu Depan

Marzuki Sulong Pengurus Terengganu, selain Owona, Terengganu juga akan mengumumkan pemain import kedua mereka yang akan beraksi di posisi pertahanan minggu depan.

“Kita akan adakan ujian pemilihan pada 7 November ini untuk mendapatkan seorang lagi pemain import dan setakat ini, enam atau tujuh pemain luar termasuk dari Brazil, Congo dan Ghana telah dikenal pasti untuk mengisi posisi tersebut.

“Kita akan tengok dan buat penilaian bersama. Saya yakin menjelang minggu depan, perkara ini (urusan pengambilan pemain import) akan selesai,” katanya.

Jelasnya, beberapa pemain tempatan juga telah dipilih untuk menjalani sesi pemilihan bersama skuad Penyu musim depan, namun beliau enggan mendedahkan nama pemain berkenaan buat masa ini

“Apa yang penting ialah kita sasar untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim depan,” katanya.

Effa Milik Terengganu

PENYERANG import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang akan tamat kontrak dengan pasukan itu hujung bulan depan bakal mengetuai jentera serangan pasukan Terengganu musim depan.

Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah beraksi dalam Liga Perancis dan Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga yakin dapat menunjukkan prestasi lebih baik apabila menganggotai skuad Terengganu kelak.
Keyakinan tersebut diluahkan penyerang kelahiran Cameroon itu yang berjaya merekodkan 24 jaringan daripada 30 perlawanan dalam tempoh semusim ketika bersama Negeri Sembilan.

“Saya juga kenal beberapa pemain di sini (Terengganu) dan saya yakin saya boleh melakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan sebelPENYERANG import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang akan tamat kontrak dengan pasukan itu hujung bulan depan bakal mengetuai jentera serangan pasukan Terengganu musim depan.

Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah beraksi dalam Liga Perancis dan Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga yakin dapat menunjukkan prestasi lebih baik apabila menganggotai skuad Terengganu kelak.
Keyakinan tersebut diluahkan penyerang kelahiran Cameroon itu yang berjaya merekodkan 24 jaringan daripada 30 perlawanan dalam tempoh semusim ketika bersama Negeri Sembilan.

“Saya juga kenal beberapa pemain di sini (Terengganu) dan saya yakin saya boleh melakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Owona ditemui selepas menandatangani kontrak bersama skuad Penyu di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Kuala Terengganu semalam. Hadir pada majlis itu, pengurus pasukan, Marzuki Yusof.

Kontrak Owona selama setahun bersama skuad Penyu akan berkuat kuasa mulai 1 Disember depan tetapi dia akan mula menjalani latihan bersama pasukan baharunya itu lebih awal iaitu pada 25 November nanti.um ini,” katanya.

Owona ditemui selepas menandatangani kontrak bersama skuad Penyu di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Kuala Terengganu semalam. Hadir pada majlis itu, pengurus pasukan, Marzuki Yusof.

Kontrak Owona selama setahun bersama skuad Penyu akan berkuat kuasa mulai 1 Disember depan tetapi dia akan mula menjalani latihan bersama pasukan baharunya itu lebih awal iaitu pada 25 November nanti.

Thursday, October 25, 2012

Kapten Ghana Sertai TTeam

Bekas penyerang England dan Liverpool, Robbie Fowler serta penyerang Fulham, Derek Boateng adalah antara pemain import yang menunjukkan minat menyarung jersi T-Team pada saingan Liga Super musim depan. 

Dua pemain itu juga bersedia untuk menggalas jawatan sebagai ketua jurulatih sekali gus bertanggungjawab sebagai pengurus pasukan T-Team.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata beliau sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan Fowler, 37, yang berasal dari Toxteth, Liverpool terutama dalam soal bayaran gaji. 

"Saya minta Fowler mengemukakan gaji yang diminta. Perbincangan lanjut mengenai perkara itu sedang dilakukan dan saya ingin tegaskan, kita tidak menggunakan khidmat orang tengah, sebaliknya pemain yang kini sedang menguruskan kelab Muanqthong United berbincang dengan saya melalui telefon. 

"Saya juga sudah menghubungi Boateng dan dia juga menunjukkan minat untuk bersama T-Team. 

"Jika mereka bersetuju dengan tawaran, kita akan panggil mereka datang ke negeri ini untuk menjalani ujian latihan kecergasan," katanya sambil mengakui kerajaan negeri akan menjadi penaja utama pasukan T-Team untuk saingan musim depan.

Biar PBSNT Selesaikan



Pada masa yang sama, Ahmad turut berharap isu mengenai kedudukan jurulatih, Peter James Butler bersama skuad Terengganu dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

"Pihak berkenaan terutama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diharap dapat buat keputusan mengenai perkara itu dalam tempoh tersebut," kata Dato Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Bagaimanapun, Ahmad tetap mengulangi pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam isu berkenaan, malah menyerahkan kepada PBSNT untuk menyelesaikan polemik yang berlaku.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa hukuman penggantungan enam bulan yang dikenakan oleh PBSNT terhadap Butler tidak sah.

Disebabkan itu, Butler menegaskan bahawa beliau masih merupakan jurulatih Terengganu yang sah kerana mempunyai kontrak dengan PBSNT.

Akan Menjadi Pengurus, Jurulatih & Pemain

ANDAI tiada sebarang masalah, bekas bintang Liverpool, Robbie Fowler bakal mengendali pasukan berstatus kelab, T-Team.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, Fowler harus menjalani beberapa ujian sebelum dilantik sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih T-Team musim depan.

Menurut Ahmad, Fowler, 37, telah menyatakan kesanggupan untuk menggalas tanggungjawab tersebut, namun pihaknya masih belum mahu membuat sebarang keputusan.

"Sebelum membuat pelantikan, kita akan menilai terlebih dahulu dari pelbagai aspek termasuk kecergasan dan sebagainya.

"Dia (Fowler) sanggup berkhidmat di negeri ini (Terengganu) sebagai ketua jurulatih dan pengurus (T-Team). Namun, kita akan panggil untuk diuji," jelas Ahmad.

Wednesday, October 24, 2012

Pengurus & Jurulatih TTeam?


Robbie Fowler
Robert Bernard "Robbie" Fowler is an English professional footballer and manager who plays as a striker and is currently a free agent. 
BornApril 9, 1975 (age 37), Toxteth
Height1.76 m
Weight73 kg
SpouseKerrie Fowler (m. 2001)
PositionForward







Butler Maseh Coach Terengganu?

KONTROVERSI Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Peter Butler semakin panas apabila jurulatih itu menyifatkan PBSNT sepatutnya tidak boleh melantik ketua jurulatih baru kerana beliau masih sah memegang jawatan itu.

Pandangan itu dibuat Butler berdasarkan kepada keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membatalkan hukuman penggantungan dan denda dikenakan PBSNT terhadapnya, Khamis lalu.

Pada hari sama, PBSNT melantik bekas jurulatih Felda United, E Elavarasan sebagai pengendali skuad berkenaan.

“Sepatutnya PBSNT perlu berunding terlebih dulu dalam menentukan status saya dalam pasukan sebelum ketua jurulatih baru dilantik.


“Sebelum ini, saya ada terbaca laporan akhbar mengenai kenyataan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mengenai pelantikan saya sebagai pengarah kejurulatihan dan bukannya ketua jurulatih.

“Kenyataan itu tidak benar kerana saya ada surat pelantikan sebagai ketua jurulatih daripada PBSNT dan tidak ada pun perkataan pengarah kejurulatihan dinyatakan dalam surat itu,” katanya ketika dihubungi di Manchester, England, semalam.

Butler yang pulang ke England untuk membantu keluarganya berpindah rumah berkata, beliau kini tertanya-tanya mengenai tindakan bakal diambil PBSNT susulan keputusan FAM itu.

“Agak menarik apa yang berlaku sekarang dan ingin tahu apa kedudukan saya.

“Saya akan menurut segala arahan dan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Tatatertib FAM walaupun pada pandangan saya, PBSNT sudah tentu tidak mahu menerima saya kembali,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBSNT, Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof berkata, pihaknya masih menanti surat rasmi FAM mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu dan akan menelitinya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.

“Kami tahu hukuman kami ke atas Butler diputuskan sebagai tidak sah oleh FAM dan begitu juga dengan kontraknya yang dikatakan masih sah.

“Namun kami masih belum boleh mengambil apa-apa tindakan sehinggalah kami menerima surat rasmi daripada FAM mengenai perkara ini,” katanya.

Tolak khabar Angin

PENGENDALI baru pasukan Terengganu, E Elavarasan menolak khabar angin tiga bekas anak didiknya bakal sertai skuad Penyu pada saingan Liga Malaysia, musim depan.


Pemain Felda United FC yang dikaitkan dengan pasukan berkenaan ialah Khairan Ezuan Razali, Fakri Saarani dan Farderin Kadir. 

"Saya tak tahu apa-apa. Ini semua khabar angin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Antara nama lain yang dikaitkan dengan pasukan itu ialah Shahril Ishak serta Baihakki Khaizan dari pasukan Lions XII. 

Manakala penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein serta penyerang import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa-Owona turut dikatakan bakal menyarung jersi pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu. 

Dalam perkembangan lain, Elavarasan memaklumkan dia belum lagi memulakan tugasnya secara rasmi bersama Terengganu. 

Nama Elavarasan melonjak pada 2002 hingga 2005, ketika membimbing kelab bola sepak Public Bank FC. 

Di bawah kendaliannya, pasukan itu menjuarai Piala FAM dan naik ke saingan Liga Perdana. 

Pada 2003, Public Bank dinobatkan selaku juara Liga Perdana.

Friday, October 19, 2012

Hai-O Ditawar

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang berunding dengan ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar untuk kembali menyarung jersi skuad Penyu musim depan.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata Hairuddin atau lebih mesra dengan panggilan Hai-O adalah antara beberapa pemain yang didekati PBSNT bagi memantapkan skuad itu.

"Selaku anak Terengganu, kita mengharapkan dia (Hairuddin) pulang menabur bakti kepada negeri setelah begitu lama beliau berhijrah. Itupun kalau dia setuju," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Marzuki yang dilantik meneraju PBSNT menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, berkata setakat ini rundingan dengan Hairuddin menunjukkan respons positif.

Anak kelahiran Setiu itu sebelum ini dilapor media menyatakan hasrat untuk kembali ke Terengganu.

Hairuddin pernah membantu beberapa pasukan menjuarai Piala Malaysia termasuk Terengganu pada 2001, Kelantan (2010) serta Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011.

Ahad ini beliau akan memimpin ATM berdepan Kelantan pada final Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) Wan Mohd Azmi Wan Ngah menyifatkan perkara tersebut sebagai satu perkembangan baru dalam pentadbiran PBSNT.

Beliau berkata keterbukaan itu mengambarkan PBSNT ikhlas dan inginkan anak Terengganu berkenaan kembali mencurah bakti di negeri sendiri.

Rayuan Butler Diterima Oleh FAM


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) yang mengenakan penggantungan selama enam bulan dan denda RM4,000 ke atas bekas jurulatih mereka, Peter James Butler pada 17 September lalu.

Ketika mengumumkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak berkata keputusan PBSNT itu tidak sah dan terbatal kerana tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan termasuk tidak menyediakan kertas pertuduhan ke atas Butler. 

"Mereka juga tidak mengguna pakai kod tatatertib yang digunakan oleh kita malahan menjatuhi hukuman secara rambang sahaja terhadap Butler," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut di Wisma FAM di sini, hari ini.


Butler, 46, dikenakan hukuman tersebut kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan. 

PBSNT yang bersidang tiga hari kemudian bertindak membatalkan kontrak jurulatih berkenaan melalui sepucuk surat yang dihantar kepadanya. 

Keputusan pembatalan itu membolehkan jurulatih berbangsa Inggeris dari Halifax, Ireland itu memperoleh semula kontraknya yang masih berbaki sehingga Disember 2013. 

Mengulas lanjut, Taufik berkata pihaknya turut membatalkan keputusan oleh Jawatankuasa Disiplin PBSNT itu kerana kehadiran individu yang mempunyai kepentingan dalam skuad Penyu sewaktu perbicaraan ke atas Butler dijalankan pada September lalu. 

Taufik berkata PBSNT boleh mengemukakan rayuan berhubung keputusan badan induk bola sepak negara itu kepada Jawatankuasa Status Pemain yang dipengerusikan oleh Datuk Takiyuddin Hassan. 

"Bidang tugas kita hanyalah mendengar keputusan rayuan yang dibawa oleh jurulatih berkenaan saja (Peter James Butler)," katanya

Thursday, October 18, 2012

Elavarasan Jurulatih Baru Teengganu

Jurulatih Felda United, E.Elavarasan hari ini diumumkan sebagai jurulatih Terengganu untuk musim Liga Super tahun depan bagi menggantikan Peter James Butler yang ditamatkan kontrak baru-baru ini. 

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh, berkata pemilihan jurulatih itu berdasarkan kepada pengalaman dan rekod pencapaiannya ketika bersama pasukan kelab sebelum ini. 

Jurulatih berusia 47 tahun itu akan diberi kontrak selama setahun, katanya pada sidang media yang turut dihadiri jurulatih itu di sini hari ini. 

Che Mat berkata beliau yakin Elavarasan boleh membimbing dan membawa kejayaan kepada skuad Terengganu dalam saingan Liga Super musim depan. 

Elavarasan pernah membimbing pasukan Public Bank FC menjuarai Liga Perdana pada 2003 dan muncul naib juara Liga Super di belakang pada musim 2004-2005 serta beraksi pada saingan Piala Malaysia pada 2002, 2003, 2004 dan 2005. 

Pada pertengahan musim 2010, beliau membimbing Felda United dan membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana dan layak ke Liga Super pada musim 2011. 

Sementara itu, Elavarasan berjanji akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala ke Terengganu tahun depan. 

"Ini adalah satu cabaran bagi diri saya serta peminat juga mempunyai harapan tinggi. Kita kena usaha untuk mencapai matlamat ini," katanya. 

Katanya beliau akan mula menyesuaikan diri dengan setiap pemain sebelum membentuk pasukan yang mantap dan mampu mengekalkan persembahan konsisten dalam Liga Super musim depan. 

Katanya beliau dijangka memulakan tugas pada pertengahan bulan depan selepas kontraknya bersama Felda United berakhir pada akhir bulan ini

Sunday, October 7, 2012

Letak Jawatan

Pengurus T-Team, Rozi Mamat menyatakan hasrat mahu melepas jawatannya di musim depan untuk memberi laluan kepada pihak yang lebih berpengalaman dan profesional menguruskannya.

Namun beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu menegaskan, beliau tetap akan memantau pasukan Penyu Muda itu sebagai sebahagian daripada tugasnya memajukan sukan di Terengganu.

"Tambahan pula kerajaan negeri memberikan dana kepada T-Team, jadi saya akan terus membantu pasukan ini untuk maju ke hadapan. Kerajaan negeri berharap pasukan T-Team pada masa akan datang ada badan-badan profesional atau individu yang lebih profesional mengurus pasukan ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan selama-lamanya memayungi T-Team dan ia perlu belajar untuk berdikari.

Rozi berkata, T-Team akan membuat rombakan besar-besaran termasuk mengenai sistem pengurusannya yang akan diuruskan satu badan khas yang dilantik kerajaan negeri.

T-Team kini diuruskan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Katanya, mulai tahun depan, pasukan itu akan bergerak ke arah lebih profesional dan terbuka serta mengikut corak pengurusan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau berkata, T-Team sedang memanggil dan mencuba beberapa pemain berpotensi untuk di serap musim depan dengan menyenarai 25 pemain.

Perlu Penolong Jurulatih Lesen A



Khalid Mat Dahan tidak dapat dilantik menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak Terengganu pada musim akan datang kerana tidak memenuhi syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh ketika mengesahkan perkara itu berkata, FAM menetapkan syarat, mana-mana jurulatih dan penolong jurulatih perlu mempunyai lesen A.

Dengan perkembangan terbaru itu kata Che Mat, PBSNT mengadakan mesyuarat darurat malam semalam dan mengambil keputusan menyerahkan kepada pengurusan baru pasukan mencari penolong jurulatih baru.

“Mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen jurulatih A tidak boleh dilantik, itu syarat FAM. Tahun lepas kita dapat pengecualian tapi tidak kali ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa, sehingga kini terdapat tujuh nama yang dilihat berpotensi untuk menjadi jurulatih pasukan bola sepak Terengganu selepas Peter Butler digugurkan.

Menurutnya, ada beberapa individu yang berminat untuk melatih pasukan Terengganu dan pemilihan akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kalau boleh kita mahu dapatkan khidmat anak Terengganu kerana mudah mewujudkan persefahaman,” katanya.

Thursday, October 4, 2012

Sedia Berdailog

"SAYA tidak pernah tutup pintu untuk berbincang, malah mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu ambil alih pengurusan bola sepak sekiranya mereka benar-benar serius,” luah Presiden Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh.

Sehubungan itu, katanya, beliau sedia mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama wakil penyokong pasukan penyu yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi mendesaknya meletakkan jawatan.

“Sekiranya mereka peminat bola sepak dan ada idea untuk memajukan lagi pasukan ini, saya sedia untuk bertemu, mendengar dan berbincang dengan mereka, tiada masalah pun bagi saya asalkan tidak campur adukkan bola sepak dengan unsur-unsur lain.

“Apa yang saya kesal ialah budaya mengadakan demonstrasi ini sedangkan kita orang timur, tidak kena dengan budaya ketimuran kita. Negara ada undang-undang, gunakanlah saluran profesional untuk kita berbincang mengenai sesuatu perkara,” katanya.

Sabtu lalu, kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran PBSNT.

Dalam kempen Asal Bukan Che Mat (ABC) selama hampir dua jam itu, mereka turut menyatakan bahawa tidak akan berhenti berdemonstrasi selagi tiada perubahan dan tiada dialog terbuka bersama Presiden PBSNT itu.

Mengulas mengenai desakan itu, Che Mat berkata, beliau tidak mahu berkelahi dan menyalahkan sesiapa dalam hal ini, namun meminta agar diberikan peluang untuk membentuk sebuah pasukan lebih mantap, sekali gus mengembalikan semula kegemilangan skuad Terengganu.

Katanya lagi, beliau tetap akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai Presiden PBSNT walaupun menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak khususnya penyokong setia Terengganu agar beliau meletakkan jawatan.


“Berilah kami peluang, kita ada peraturan yang perlu dipatuhi termasuk melibatkan tugas pengurusan. Kita ada tiga orang penting iaitu seorang pengurus dan dua penolong pengurus pasukan, jadi, kita yakin mereka dapat lakukan sebaik mungkin.

“Walau pelbagai cabaran dilalui, saya akan teruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya seperti biasa. Apa yang berlaku sekarang adalah perubahan yang sedang kita lakukan secara berperingkat,” katanya.

Beliau menjelaskan, pengurusan baru pasukan Terengganu akan diberi kebebasan termasuk dalam menentukan pemain yang bakal membentuk keserasian, sekali gus mencipta kejayaan dalam Liga Malaysia musim depan.

“Insya-ALLAH kita akan beri kebebasan mereka untuk buat sesuatu yang boleh membantu menjulang semula pasukan Terengganu dalam sukan bola sepak tanah air. Siapa yang tak nak menang, jadi beri kami peluang untuk kenal pasti masalah,” katanya.

Rayuan Butler Diteliti

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan rayuan jurulatih Terengganu, Peter Butler berhubung hukuman penggantungannya selama enam bulan.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, pihaknya telah menerima rayuan daripada Butler dan akan membuat pertimbangan dengan teliti sebelum memutuskan sama ada jurulatih dari England itu bersalah atau sebaliknya.

"Saya telah dimaklumkan kes berkenaan telah diambil tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Disiplin Terengganu dan beliau turut membuat rayuan kepada Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Saya akan meneliti rayuan itu kerana bukan perkara mudah untuk menghakimi seseorang kerana perlu memikirkan implikasi atau kesannya kelak," tegas Presiden FAM itu.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi meninjau perkembangan projek pembinaan Jambatan Kampung Kawah, Sungai Lembing di sini, semalam.

Menurut Sultan Ahmad Shah, segala keputusan yang akan dibuat ke atas jurulatih berusia 46 tahun itu memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru.

"Beri saya peluang dan masa untuk menimbang serta mendengar rayuan tersebut kerana mungkin di Terengganu dia didapati bersalah, mungkin bila merayu ke FAM lain pula... Kita tengok.

"Ini kerana saya memerlukan masa sebab perkara ini sangat terperinci dan tidak boleh hari ini merayu dan esok keputusannya," jelas Sultan Ahmad Shah.

'Mesyuarat Agung Luar Biasa mampu selesai kemelut'

Mesyuarat Agung Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) adalah pendekatan terbaik menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu kebelakangan ini. 

Perkara itu dicadangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, bagi membolehkan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mendapat mandat baru untuk terus memimpin persatuan. 

“Ini adalah cara terbaik menghilangkan rasa tidak puas hati ramai penyokong bola sepak negeri. Melalui mesyuarat agung luar biasa, presiden PBSNT boleh mendapat mandat baru untuk terus memimpin persatuan dan ia adalah kaedah terbaik mengembalikan kepercayaan penyokong kepadanya,” katanya semalam. 

Beliau berkata, jika presiden enggan memanggil mesyuarat agung luar biasa, inisiatif itu boleh diambil ahli gabungan PBSNT supaya kemelut bola sepak ini dapat diselesaikan segera demi nama baik Terengganu yang tercalar sekarang ini. 

Kemerosotan persembahan pasukan Penyu dalam saingan Piala FA, Liga Super dan juga Piala Malaysia mencetus kemarahan peminat sehingga ada kumpulan bertindak liar menyerang kediaman Presiden PBSNT. 

Pemecatan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris, Mei lalu selepas Terengganu kecundang di tangan Sime Darby di separuh akhir juga menempelak Che Mat walaupun Peter Butler menjadi ganti. 

Butler yang tidak mampu mengemudi Terengganu ke pusingan suku akhir Piala Malaysia pula ditamatkan khidmatnya walaupun kontrak jurulatih berbangsa Inggeris itu masih berbaki 15 bulan lagi. 

Yang terbaru, kempen ABC (Asal Bukan Che Mat) melalui laman Facebook dan penampalan poster gambar Che Mat yang dipangkah dengan dakwat merah terus berjalan selepas perhimpunan di Batu Buruk yang menyaksikan lebih 500 peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepemimpinannya.


Wednesday, October 3, 2012

Menambahbaik Pasukan Terengganu

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh hari ini menegaskan beliau tidak akan berundur walaupun didesak melepaskan jawatan.

Malah, beliau akan tetap meneruskan tanggungjawabnya sebagai presiden persatuan itu dan akan berusaha melakukan penambahbaikkan kepada persatuan itu dan pasukan bola sepak Terengganu, demi kemajuan sukan itu.

"Saya tidak mahu berkelahi dengan sesiapa, yang penting macam mana kita hendak naik semua pasukan dalam Liga Super musim depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, kira-kira 500 orang penyokong setia Sang Penyu mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Pantai Batu Buruk bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap PBSNT.

Dalam perhimpunan hampir sejam itu mereka mendesak kepimpinan PBSNT dirombak dan ditukar dengan muka baharu.

Sebelum ini, penyokong itu turut mengadakan kempen bagi mendesak pengunduran Che Mat dengan menampal poster gambar beliau di merata-rata tempat, yang ditulis perkataan ABC yang membawa maksud, 'Asal Bukan Che Mat'.

Menurut Che Mat usaha penambahbaikan dalam PBSNT memerlukan masa dan desakan tidak akan membantu memulihkan prestasi pasukan negeri.

"Sekarang ini pun, pimpinan PBSNT terutamanya pengurusan pasukan tahun depan akan diterajui muka-muka baru dan kita akan bawa masuk mereka yang mampu membantu kita.

"Siapa yang tidak mahu menang, tetapi adat permainan, ada ketika berada di atas dan ada ketika berada di bawah .. itulah bola sepak," katanya sambil menambah beliau memberi kepercayaan penuh terhadap pengurusan baharu skuad itu demi kemajuan skuad Penyu.