Thursday, October 9, 2014

FAM KLU KLEK

Keputusan FAM menunda tarikh perlawanan bolasepak Piala Malaysia peringkat suku akhir antara JDT vs Terengganu  daripada 11.10. 14 kepada 17.10.14 adalah keputusan untuk menjatuhkan semangat pemain Terengganu dan menganiayakan pasukan Terengganu. Keputusan ini telah  mengecewakan ribuan penyokong  PETEH kerana terpaksa membatal tempahan bas, hotel, cuti dan sebagainya.

Kredibiliti FAM dipersoalkan apabila dalam masa seminggu FAM telah dua kali membuat perubahan jadual perlawanan. Pada mulanya jadual perlawanan untuk pusingan kedua pada 18.10.14, kemudian dipinda kepada 11.10.14. Apabila JDT memohon penundaan tarikh maka FAM bersetuju untuk menunda tarikh kepada 17.10.14. Sikap FAM yang mengubahkan keputusan dianggapkan FAM Klu Klek.

Alasan permohonan  JDT ialah salah seorang pemain importnya tidak dapat beraksi kerana terpaksa mewakili negaranya.Alasan remeh temeh telah ddiambil kira oleh FAM untuk menundakan  perlawanan tersebut. Sedangkan JDT maseh  mempunyai 3 pemain import lagi malah kesemua 3 pemain import tersebut boleh bermain sepenuh masa. Sekiranya ada alasan untuk membaiki padang stadium, perlawanan tersebut boleh dipindahkan ke stadium lain. Perlawanan  sepatutnya diteruskan pada waktu dan tarikh yang telah ditetapkan oleh FAM.

Tindakan FAM ini memberi impak yang negatif kepada pasukan Terengganu dan bukan sekali ini FAM menganiayakan Terengganu sudah beberapa kali. Pada tahun 2004, FAM telah mengubah jadual perlawanan akhir Piala FA Terengganu bertemu Perak  yang menyebabkan Kelab PETEH kerugian rm14000 akibat pembatalan tempahan sewa bas dan sebagainya. Sehingga harini FAM belum lagi membayar ganti rugi tersebut walaupun Timbalan Presiden FAM meminta Kelab PETEH menghantar tuntutan kerugian kepada FAM. Sebelum ini TTeam pun menerima nasib yang sama apabila Kes Terowong tidak mendapat perbelaaan seawajarnya.

Kepada FAM, buatlah keputusan yang secara profesional bukan mengikut telunjuk. FAM perlu bertindak tegas dengan keputusan pindaan jadual perlawanan yang pertama itu pada 11. 10. 14 bukan pindaan kedua iaitu  pada 17.10.14. FAM sepatutnya bertanya dulu dengan PBSNT tentang permohonan JDT untuk menundakan tarikh perlawanan tersebut.

Oleh itu sekiranya  PBSNT membuat keputusan untuk menarik diri  perlawanan tersebut, Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) menyokong keputusan tersebut.


daripada
WAN MOHD RAHIM B WAN SALLEH
NAIB PENGERUSI
KELAB PETEH