Monday, February 23, 2015

Jaringan Rangel Membawa Kemenangan Terengganu


Pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim mengakui anak buahnya terpaksa berhempas-pulas sebelum menang 2-1 ke atas Sime Darby FC dalam perlawanan sengit di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Malah, pengendali berusia 69 tahun itu turut mengakui tekanan diberikan pasukan pelawat hampir melemaskan anak buahnya sebelum bangkit menang menerusi jaringan cantik Paulo Rangel sesudah jaringan sulungnya pada babak pertama disamakan pemain lawan Nemanja Vidakovic pada awal babak kedua.


“Ramai beranggapan Terengganu mudah menewaskan Sime Darby, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila kami terpaksa menunggu hingga penghujung perlawanan sebelum menang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Menurutnya, kehadiran empat pemain import pelawat berbanding tiga diturunkan tuan rumah dilihat antara faktor pemain Terengganu terpaksa bekerja keras untuk menyaingi lawan.

“Pasukan lawan menggunakan kekuatan empat pemain importnya. Itulah yang menyebabkan kami sukar menembusi pertahanan lawan,” katanya.

Thursday, February 12, 2015

Kontrak Hassan Ditamatkan


Khidmat pemain import dari Lubnan, Hassan Moni Chito bersama pasukan Terengganu dalam saingan Liga Malaysia 2015 tidak berpanjangan apabila kontraknya ditamatkan, dua hari lalu.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman berkata kontrak Hassan Moni ditamatkan berikutan pemain berusia 26 tahun itu mengalami masalah kecederaan.

"Penamatan kontrak ini dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Arpin berkata PBSNT membayar tiga bulan gaji kepada pemain berkenaan yang bersama Terengganu selama dua bulan, bermula Disember tahun lalu.

Beliau berkata kecederaan bahagian paha Hassan Moni semasa latihan menyebabkan penyerang itu terpaksa diketepikan ketika Terengganu berdepan Selangor pada perlawanan pembuka tirai Liga Super, Jumaat lalu.

Berikutan itu, Arpin berkata Terengganu terpaksa mencari pemain import baharu bagi menggantikan Hassan Moni dalam tempoh terdekat.

"Kita sekarang sedang berunding dengan ejen untuk mendapatkan pemain import lain bagi menggantikan Hassan," katanya.

Beliau berkata pemain import baharu itu akan didaftarkan apabila jendela pendaftaran pemain dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), April ini.

Selain Hassan Moni, Terengganu ada tiga lagi pemain import iaitu Paulo Rangel, Vincent Bikana dan Gustavo Lopez bagi mengharungi saingan Liga-M musim ini.

Monday, February 9, 2015

Penyokong Kelab Peteh

Penyokong PETEH yang sentiasa memberi  sokongan padu untuk pasukan Terengganu .




Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PETEH boleh ke pejabat  PETEH bawah scoreboard Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.semasa hari perlawanan.

Ahli Baru Yuran Keahlian ialah RM70 seorang (yuran pendaftaran & tahunan termasuk Tshirt kelab)

Ahli Lama Yuran Keahlian ialah RM60 seorang  (yuran tahunan & Tshirt Kelab)

Sunday, February 8, 2015

Terengganu Menang

Pengendali Selangor Mehmet Durakovic tidak mempunyai pilihan lain selain mempertajamkan sentuhan penyudah barisan penyerangnya andai mahu melangkah jauh dalam saingan Liga Super.

Harapan yang disandarkan kepada penyerang import dari Brazil Guiherme De Paula untuk meledak jaringan tidak kesampaian sebaliknya lawan meledak dua gol menerusi Ismail Faruqi Ashari dan Gustavo Lopez bagi memastikan kemenangan 2-0 memihak Terengganu.

“Kami mungkin memenangi perlawanan sekiranya peluang dicipta mampu dimanfaatkan. Kami seharusnya mendahului 2-1 pada babak pertama namun inilah bola sepak.

“Kami perlu meledak jaringan untuk melakar kemenangan. Bagaimanapun, saya gembira dengan persembahan semua pemain, saya tidak boleh menyalahkan mana-mana pemain dengan corak permainan baik yang mereka pamerkan,” kata jurulatih dari Australia itu.

Pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin, Durakovic menurunkan empat tonggak importnya dengan Merah Kuning memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol pada babak pertama.

Ahmad Hazwan Bakri turut berjaya menggegar gawang Terengganu yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee Ramli pada minit ke-18, namun dia didakwa berada dalam kedudukan ofsaid menyebabkan golnya dibatalkan dan percubaan kedua bekas pemain Harimau Muda A berkenaan m-25 menggegar tiang gol.

Detik kekalahan Selangor akhirnya bermula m-37 apabila rembatan menarik Ismail Faruqi menerjah gawang Selangor ketika penjaga gol Norazlan Razali berada di luar posisi selepas menyelamatkan bola sepak sudut.

Ia disusuli sepakan percuma pemain import dari Brazil, Lopez yang menggegar gawang untuk menewaskan Norazlan buat kali kedua m-72.

Selangor mempunyai masa sehingga Jumaat ini memperkemaskan jentera serangan sebelum bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang.
-

Friday, February 6, 2015

 Kelab PETEH telah mengadakan perjumpaan antara penyokong dengan pemain-pemain Liga Super Terengganu pada 5 feb 2015 di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak. Sebaik sahaja tamat latihan untuk menghadapi Selangor pada 7 feb 2015 ini... pemain-pemain telah disambut oleh penyokong-penyokong setia Terengganu.

Dalam   majlis ini Pengurus, jurulatih dan pemain-pemain telah menurun tandatangan di baner sebagai simbolik ikar untuk bermain dengan penuh semangat untuk mencari satu piala.

Selepas itu penyokong dan pemain telah menunai solat magrib berjemaah dan solat hajat di surau stadium.











Sunday, February 1, 2015