Keputusan FAM menunda tarikh perlawanan bolasepak Piala Malaysia peringkat suku akhir antara JDT vs Terengganu daripada 11.10. 14 kepada 17.10.14 adalah keputusan untuk menjatuhkan semangat pemain Terengganu dan menganiayakan pasukan Terengganu. Keputusan ini telah mengecewakan ribuan penyokong PETEH kerana terpaksa membatal tempahan bas, hotel, cuti dan sebagainya.
Kredibiliti FAM dipersoalkan apabila dalam masa seminggu FAM telah dua kali membuat perubahan jadual perlawanan. Pada mulanya jadual perlawanan untuk pusingan kedua pada 18.10.14, kemudian dipinda kepada 11.10.14. Apabila JDT memohon penundaan tarikh maka FAM bersetuju untuk menunda tarikh kepada 17.10.14. Sikap FAM yang mengubahkan keputusan dianggapkan FAM Klu Klek.
Alasan permohonan JDT ialah salah seorang pemain importnya tidak dapat beraksi kerana terpaksa mewakili negaranya.Alasan remeh temeh telah ddiambil kira oleh FAM untuk menundakan perlawanan tersebut. Sedangkan JDT maseh mempunyai 3 pemain import lagi malah kesemua 3 pemain import tersebut boleh bermain sepenuh masa. Sekiranya ada alasan untuk membaiki padang stadium, perlawanan tersebut boleh dipindahkan ke stadium lain. Perlawanan sepatutnya diteruskan pada waktu dan tarikh yang telah ditetapkan oleh FAM.
Tindakan FAM ini memberi impak yang negatif kepada pasukan Terengganu dan bukan sekali ini FAM menganiayakan Terengganu sudah beberapa kali. Pada tahun 2004, FAM telah mengubah jadual perlawanan akhir Piala FA Terengganu bertemu Perak yang menyebabkan Kelab PETEH kerugian rm14000 akibat pembatalan tempahan sewa bas dan sebagainya. Sehingga harini FAM belum lagi membayar ganti rugi tersebut walaupun Timbalan Presiden FAM meminta Kelab PETEH menghantar tuntutan kerugian kepada FAM. Sebelum ini TTeam pun menerima nasib yang sama apabila Kes Terowong tidak mendapat perbelaaan seawajarnya.
Kepada FAM, buatlah keputusan yang secara profesional bukan mengikut telunjuk. FAM perlu bertindak tegas dengan keputusan pindaan jadual perlawanan yang pertama itu pada 11. 10. 14 bukan pindaan kedua iaitu pada 17.10.14. FAM sepatutnya bertanya dulu dengan PBSNT tentang permohonan JDT untuk menundakan tarikh perlawanan tersebut.
Oleh itu sekiranya PBSNT membuat keputusan untuk menarik diri perlawanan tersebut, Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) menyokong keputusan tersebut.
daripada
WAN MOHD RAHIM B WAN SALLEH
NAIB PENGERUSI
KELAB PETEH