Teraju Liga Super bertukar tangan lagi, kali ini giliran Terengganu pula menjadi pendahulu dengan penuh bergaya apabila membelasah Pahang 5-0, semalam.
Kejayaan Terengganu mendaki puncak liga dibantu kekalahan pendahulu sebelum ini, Kelantan iaitu 1-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Muhammed V, Kota Bharu.
Pada perlawanan tersebut, T-Team mendahului hasil jaringan Mohd. Badrul Izani minit ke-46, namun Kelantan menyamakan kedudukan menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-86.Indra Putra Mahayuddin muncul wira T-Team apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-97.
Terengganu pula berpesta gol di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu hasil jaringan Ashari Shamsudin (m-14), Abdul Hadi Yahaya (m-20, 53, 56) dan Abdul Manaf Mamat (m-77).
Kemenangan itu membolehkan Terengganu mengumpul 47 mata, dan memintas Kelantan yang kalah di laman sendiri.
No comments:
Post a Comment