Tuesday, September 4, 2012

PBSNT Adakan Mesyuarat Tergempar

Isu membabitkan jurulatih Terengganu, Peter Butler dengan beberapa pemain skuad itu dijangka selesai esok apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kemelut itu.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di pejabat persatuan berkenaan di Wisma Seri Amar di sini.

Sehubungan itu, beliau juga menggesa kepada semua pemain, jurulatih atau pihak pengurusan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media berhubung isu terbabit.

Menurutnya, segala permasalahan yang melanda pasukan Terengganu perlu diselesaikan mengikut saluran yang sepatutnya dan mengikut perlembagaan yang ditetapkan persatuan.

"Saya harap tiada lagi mana-mana pemain, jurulatih serta pengurusan yang keluarkan kenyataan kepada media berkaitan isu ini.

'Semuanya akan berpandukan kepada perlembagaan PBSNT," katanya kepada pemberita ketika meninjau sesi latihan pemain skuad Penyu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.

Dalam pada itu, jurulatih, Butler ketika ditemui pemberita di stadium berkenaan enggan memberi sebarang komen mengenai isu tersebut.

No comments:

Post a Comment