SKUAD T-Team mungkin dibubarkan musim depan jika skuad kendalian Yunus Alif itu menunjukkan prestasi hambar dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika T-Team gagal menyerlah, ia sesuatu yang merugikan kerana pasukan berstatus kelab itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Sehingga kini, kita sudah melabur banyak untuk T-Team tetapi pasukan itu tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian memberangsangkan.
"Oleh itu, kemungkinan T-Team tidak akan ada lagi pada tahun depan jika pasukan itu berterusan kalah dalam kempen Piala Malaysia musim ini," kata Ahmad.
No comments:
Post a Comment