Monday, January 17, 2011

Lampu Limpah Jangka Siap 26. Januari


MAJLIS Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sedang giat membuat kerja memasang lampu baru bagi menggantikan lampu lama di Stadium Sultan Ismail Nasirudidn Shah, Kuala Terengganu supaya perlawanan Liga Super dapat dijalankan pada waktu malam.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi jaminan lampu limpah di stadium itu diganti baru untuk memenuhi piawaian minimum 800 lux sebelum berlangsung Liga Super, dan berikutan itu MBKT mengambil tindakan memasang segera lampu limpah baru melebihi 800 lux yang dijangka siap 25 Januari ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh berterima kasih kepada Menteri Besar yang dapat menyelesaikan masalah itu dengan cepat untuk memastikan semua perlawanan Liga Super diadakan pada waktu malam.
Katanya, kerja-kerja pemasangan lampu limpah baru sedang giat dijalankan MBKT sejak dua minggu lalu.

"Apabila masalah lampu di stadium yang tidak memenuhi piawaian minimum 800 lux itu dikemukakan kepada kerajaan Terengganu, Menteri Besar terus memberi persetujuan supaya lampu lama diganti dengan yang baru," katanya, semalam.

Jawatan Kuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan arahan mengadakan perlawanan pada sebelah petang selepas mendapati lampu limpah stadium bagi pasukan Sabah, Perak, Johor FC, Kelantan, Terengganu dan T-Team tidak memenuhi piawaian.

Che Mat bersyukur masalah yang dihadapi itu bakal selesai dan mengharapkan jumlah peminat bola sepak tempatan bertambah ramai untuk memberi sokongan kepada Terengganu dan T-Team.

No comments:

Post a Comment