Wednesday, January 12, 2011

Mungkin Dikena Tindakan?

TIGA bekas pemain Kelantan diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayuddin yang bertindak menyertai T-Team untuk saingan Liga Malaysia 2011 berkemungkinan berdepan dengan penggantungan satu musim serta denda sehingga RM25,000 setiap orang sekiranya di dapati bersalah.

Namun semuanya bergantung kepada budi bicara dan pertimbangan yang bakal di putuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuaratnya pada penghujung bulan ini.

Kes berkenaan antara yang ditangguh jawatankuasa itu selepas bermesyuarat kelmarin diketuai oleh pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan penangguhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai prosedur jawatankuasa itu untuk menjadi lebih telus di dalam mengendalikan sesuatu perkara.


“Salah satu langkah yang diputuskan adalah memanggil pihak membuat aduan dan yang dituduh untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara yang menjadi pertikaian,” kata nya.


Selain Indra Putra, dua lagi tonggak Kelantan musim la lu adalah pemain sayap, Norfarhan Muhammad dan pemain pertahanan, Azizi Mat Rose menyertai T-Team musim ini walaupun dilaporkan masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Warriors itu.

Tindakan tiga pemain itu dilaporkan menjejaskan persiapan Kelantan bagi menghadapi saingan liga musim ditambah dengan pengguguran beberapa pemain berpengalaman seperti Hairuddin Omar dan Che Hishammuddin Hassan. Mereka dikatakan tidak membalas surat tawaran lanjutan kontrak yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan di dalam tempoh ditetapkan sekali gus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.

Sebelum ini Takiyuddin tu rut menjelaskan perkara itu dengan berkata pemain perlu membalas tawaran kontrak lanjutan itu di dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pemain tidak menerima tawaran dalam tempoh tiga bulan sebelum tamatnya kontrak, mereka berhak untuk mencari pasukan lain.

No comments:

Post a Comment