Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ini kerana kecerahan lampu limpah di stadium berkenaan tidak mencapai standard yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Saya telah dimaklum mengenai perkara itu dan saya telah arahkan JKR mengganti lampu yang baru kerana tidak cukup cahaya untuk perlawanan pada waktu malam,'' katanya semalam.
Ahmad berkata, kerjaan negeri memandang serius perkara tersebut, kerana SSINS satu-satunya stadium yang ada di Terengganu untuk pertandingan bola sepak.
Beliau berkata, kerajaan negeri pada mulanya merancang untuk merobohkan stadium yang berusia lebih 40 tahun itu, tetapi terpaksa dibatalkan kerana Stadium Sultan Mizan roboh pada Jun 2009.
"Oleh kerana Stadium Sultan Mizan akan dibaiki dan ia memakan masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan, maka SSINS terpaksa digunakan buat sementara waktu," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata, masalah kecerahan cahaya lampu limpah itu juga menyebabkan pasukan Terengganu terpaksa berlatih di tempat lain.
PBSNT telah memohon kepada Majlis Banda Raya Kuala Terengganu agar mengatasi masalah tersebut dan difahamkan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat, katanya.
No comments:
Post a Comment