Pasukan Bola Sepak Terengganu diharap dapat membaiki mutu permainan mereka menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, berlaku kemerosotan pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri semasa menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Super Isnin lepas.
"Saya menyaksikan permainan Pasukan Terengganu baru-baru ini dan mendapati ada satu kelemahan paling ketara iaitu berlaku kemerosotan mutu perlawanan.
"Kita kalah dua perlawanan di tempat sendiri semasa menentang Kedah minggu lepas dan Kelantan dua hari lepas dalam Liga Super. Adat permainanlah kalah menang, tetapi kalau merosot secara mendadak, kita perlu perbetulkan segera,"
katanya ,
No comments:
Post a Comment