Wednesday, June 1, 2011

Menang Berganda Dapat Ke Eropah




KHABAR gembira diterima pasukan Terengganu apabila kerajaan negeri menjanjikan habuan lumayan kepada semua pemain dan pegawai skuad Penyu itu seandainya berjaya menjuarai Liga Super dan Piala FA musim ini.

Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meng- umumkan ganjaran berupa lawatan ke negara-negara Eropah seandainya skuad kendalian Irfan Bakti itu berjaya muncul juara berganda.

Namun jika hanya gelaran Piala FA yang dibawa balik ke Terengganu, skuad Penyu turut mendapat ganjaran iaitu berupa lawatan ke London.

“Seperti yang kita kata sebelum ini, jika kita muncul juara Piala FA, kita akan bawa pemain-pemain ke London.

“Tetapi jika muncul juara berganda (Piala FA dan Liga Super), kita sedia membawa mereka ke seluruh Eropah,” katanya.

Ahmad Said berkata demikian sele- pas menghadiri majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia ke-14 kepada ketua kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.


SKUAD Terengganu berada pada landasan terbaik bagi merangkul gelaran berganda iaitu Piala FA dan Liga Super musim ini.


Menurut beliau, semua pemain perlu beraksi dengan baik dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam misi membawa pulang kejuaraan ke negeri itu.

“Kita mahu pemain membawa pulang kejuaraan dan kerajaan sedia memberikan ganjaran jika mereka berjaya mengharumkan nama Terengganu,” ujarnya.

Untuk rekod, Terengganu kini berada pada landasan terbaik untuk muncul juara Liga Super buat kali pertama selepas berkongsi 47 mata dengan pendahulu, Kelantan ketika saingan hanya berbaki tiga perlawanan.

Dalam masa sama, anak-anak buah Irfan turut berpe- luang bergelar juara Piala FA buat kali kedua apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk bertemu Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun ini.


No comments:

Post a Comment