JUARA baru Piala FA, Terengganu kembali turun menjalani latihan dalam usaha meningkatkan keupayaan sebenar dan anak buah Irfan Bakti Abu Salim sesungguhnya ada misi getir apabila menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 6 Julai ini.
Hanya kemenangan sahaja mampu menghidupkan peluang pasukan, itu pun jika pasukan tetangga, Kelantan tewas mengejut kepada Sabah pada hari yang sama di gelanggang lawan.Jurulatih, Irfan berkata, memandang peluang masih terbuka untuk pasukan berbuat demikian, tidak ada pilihan melainkan mempertajamkan barisan serangan supaya dapat menjaringkan gol kemenangan apabila berdepan cabaran Kuala Lumpur.“Saya bersyukur kerana jentera serangan diketuai Abdul Hadi Yahya berganding bersama Manaf Mamat dan Ashaari Samsuddin mampu mengalas tugas dengan baik jika peluang terhidang depan mata,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, semalam. Irfan Bakti berkata, sebagai pemain barisan serangan, ketiga-tiga mereka itu sudah membuktikan kehebatan masing-masing dengan melakukan jaringan gol dalam perlawanan sebelum ini.
“Saya yakin Abdul Hadi yang menyertai skuad kebangsaan sudah menunjukkan kehebatannya dalam perlawanan persahabatan dengan Myamar di Kota Bharu dengan memecah kubu pertahanan lawan,” katanya. Irfan lega kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang masalah kecederaan dan boleh menurunkan kesebelasan utama nanti.
No comments:
Post a Comment