Thursday, November 3, 2011

Manaf DiSunting ?


Penyerang berbisa Terengganu Abdul Manaf Mamat mengakui dirinya dilamar beberapa pasukan lain untuk menghadapi saingan musim depan.

Bagaimanapun anak jati kelahiran Kampung Nibung, di sini enggan berhijrah ke negeri lain setakat ini dan masih mahu menabur bakti bersama negeri kelahirannya.

Pemain berusia 24 tahun ini mengakui masih sayangkan Terengganu, pasukan yang pertama diwakilinya selain banyak melonjakkan namanya dalam persada bola sepak negara.

"Memang ada beberapa negeri memberi tawaran kepada saya namun saya terpaksa menolak tawaran itu hati saya masih kuat untuk bersama Terengganu," katanya.


Seawal usia 19 tahun, bintang Terengganu ini diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama pasukan itu dan berada di bawah tiga jurulatih yang memberikan kemahiran dan pengalaman untuk terus berjaya dalam arena bola sepak.

Karier anak bongsu daripada 11 beradik ini mula dibentuk sejak di bangku sekolah dan terus digilap apabila diserap menyertai Kelab Akademik Bola Sepak Terengganu sebelum dilamar untuk menyertai Piala Presiden.

No comments:

Post a Comment