Thursday, November 10, 2011

Indra, Azizi, Farhan & Haris Tinggalkan TTeam




PASUKAN T-Team yakin mampu pergi jauh dalam Liga Malaysia musim depan, sekalipun kehilangan pemain tonggak yang berhijrah ke pasukan lain.Jurulatihnya, Yunus Alif berkata, T-Team akan mendapatkan khidmat pemain Harimau Muda, selain khidmat pemain import.



“Kita terpaksa membawa masuk beberapa pemain baru untuk mengekalkan corak permai­nan,” katanya.Beliau yang membimbing pasukan T-Team musim ini berkata, tugasnya semakin mencabar untuk membentuk pasukan musim depan.Azizi Mat Rose, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Haris Safwan Kamal yang banyak membantu pasukan T-Team mengambil tindakan berhijrah ke pasukan lain musim depan.



Walaupun Yunus terasa kehilangan pemain-pemain itu, tetapi beliau yakin T-Team masih mampu meneruskan kecemerlangan seperti musim ini kerana ramai lagi bekas pemain kebang­­saan bersama pasukan seperti Shamsuri Mustapa, Rosdi Talib, Zairo Anuar Zailani dan Tengku Hasbullah Raja Hasan.“Saya yakin pemain-pemain ini boleh membantu dan mengekalkan pres­tasi pasukan di samping dibantu pemain-pemain muda yang berwibawa,” katanya.

No comments:

Post a Comment