Wednesday, January 12, 2011

Bos Bola Terengganu Tidak Sihat


Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini sejak Sabtu lalu selepas mengadu kepenatan dan tidak sihat.

Menurut Che Mat, sebelum dimasukkan ke hospital itu, beliau melawat beberapa kawasan yang dilanda ribut termasuk sebuah kedai keropok lekor yang rosak akibat dihempap pokok di daerah ini.

Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk bagaimanapun berkata, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Nibong di sini, penglihatan Che Mat tiba-tiba kabur sebelum ke sebuah klinik swasta untuk rawatan.

"Pakar perubatan sedang memantau tahap kesihatan saya dan sedang mengesan punca penyakit yang dihidapi," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini, semalam.

Sebelum itu, Che Mat turut menerima lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Che Mat memberitahu, beliau masih belum pasti bila dibenarkan pulang, namun tambahnya, tahap kesihatannya kini semakin pulih.

Kelab PETEH mendoakan supaya Dato Cepat Sembuh dan membawa pasukan Terengganu ke puncak kejayaan. Amin.

1 comment: