Thursday, June 2, 2011

Gerai Baju Peteh

Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) hari ini membuka kios berhampiran Kelab Peteh di hadapan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk memudahkan pendaftaran ahli kelab.

Setiausaha kelab tersebut, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata selain itu daftar ahli, kios itu juga menjual pelbagai aksesori Kelab Peteh di kios itu yang dibuka dari pukul 10 pagi.

Beliau berkata peminat bola sepak Terengganu boleh membuat pendaftaran ahli baru Kelab Peteh di kios tersebut dengan bayaran RM50, dan menurutnya kelab itu menyediakan sebanyak 10,000 helai jersi yang telah ditempah daripada kilang untuk dijual kepada penyokong dan peminat Terengganu.
Dalam pada itu beliau berkata Kelab Peteh juga akan menyediakan sekurang-kurangnya 10 buah bas rombongan untuk ahli kelab dan penyokong Terengganu ke pertandingan akhir Piala FA nanti
Beliau berkata mereka yang berminat untuk menyertai rombongan itu dikenakan bayaran RM100 seorang bagi ahli Kelab Peteh iaitu termasuk harga tiket dan tambang bas, manakala bukan ahli pula dikenakan bayaran RM120 seorang.

Perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jan ini.


Wan Mohd Azmi berkata bas-bas akan bertolak dari hadapan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 10 Jun pukul 9 malam dan sebarang keterangan lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi talian nombor 013-997 1900.

Terletak di bawah score board Stadium

No comments:

Post a Comment