Saturday, June 4, 2011

Perlukan Bukti


Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) masih belum menerima sebarang laporan berhubung pasukan Piala Presiden T-Team tahun lalu yang dikatakan terjebak dengan gejala rasuah.

Presidennya, Che Mat Jusoh berkata, pihaknya berharap dakwaan yang dibuat dikemukakan dengan bukti yang kukuh agar mereka yang terlibat dalam rangkaian bookie ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, pihaknya hanya mengetahui melalui laporan media beberapa hari lalu dan mempersoalkan mengapa hanya kini dibangkitkan tana sebarang laporan kepada pihak persatuan dan juga pihak berkuasa.

Tegasnya, walaupun PBSNT dilihat menaungi kegiatan bola sepak negeri tetapi pasukan T-Team diletakkan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan.

''Hal ini tidak memaklumkan hal ini kepada kita. Jadi bagaimana kita nak ambil tindakan?

"Jika mereka (termasuk bekas pengurus T-Team) maklumkan kepada kita lebih awal berhubung perkara ini (gejala rasuah) dan bagi bukti kukuh, pasti perkara ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Che Mat mengulas pengakuan seorang jurulatih mengenai wujudnya gejala itu dan pengakuan beberapa pemain mereka menerima suapan bagi mengatur keputusan perlawanan seperti dilapor sebuah akhbar, kelmarin.

Tambah Che Mat, mereka sepatutnya melaporkan kepada PBSNT terlebih dahulu sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan gejala rasuah sebelum ia sampai ke pihak lain.

Sementara itu pihak pengurusan T-Team musim lalu dilaporkan sudah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan memberikan keterangan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment