
Penyerang import dari Brazil, Marco Lulio Lopez diuji oleh T Team
Pasukan Terengganu akan membuat rombakan barisan pemain bagi menghadapi perlawanan menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke-IV di Kota Baharu, Selasa ini.
Ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris berkata, ia ekoran persembahan yang kurang memberangsangkan ketika aksi menentang Selangor PKNS malam tadi.
TIDAK sampai sebulan menjejak kaki di bumi Terengganu, pemain import skuad Penyu, Francis Forkey Doe (gambar), atau lebih dikenali sebagai ‘Dol’ di kalangan peminat mengaku jatuh hati dan begitu teruja dengan keindahan negeri pantai timur itu.
Bukan itu saja, pemain berusia 26 tahun itu yang pernah berkelana bersama kelab Mesir, Al-Ahly sebelum menyarung jersi Terengganu, juga sudah tertarik makanan popular seperti nasi dagang, keropok lekor dan laksa.
“Walaupun makanan di sini pedas seperti nasi dagang, keropok lekor dan laksa tapi saya menyukainya selepas kali pertama mencuba di Kuala Terengganu.
Namun, campur tangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said merungkai masalah dan Doe yang kembali beraksi dan kini menjadi pemain paling berharga selepas membantu mencatat kemenangan keempat berturut-turut .
“Namun, selepas mendapat khabar gembira dibenar beraksi semula, saya memasang impian menjadi pemain terbaik biarpun tidak dapat beraksi pada perlawanan pertama menentang Perak,” jelas bapa tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan berusia 5, 4 dan setahun hasil perkongsian hidup bersama isterinya, warga Amerika, Henry Eto Doe, 26.