Monday, February 13, 2012

Ismail Akan Diberi Peluang




Penyu kurang semangat' Kurang kerjasama dalam pasukan menyebabkan Terengganu tewas dalam pertembungan Pantai Timur dengan Kelantan di Kota Bharu Sabtu lepas.


Penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan menjaringkan gol pertama The Red Warriors pada minit ke-37 sebelum kapten, Mohd Badri Radzi menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-52. Pemain gantian Terengganu, Abdul Manaf Mamat mejaringkan gol saguhati buat Penyu pada minit ke-91.

Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris memberitahu bahawa pemain di semua posisi, dari pertahanan ke serangan sangat mengecewakan kerana mereka tidak bersatu dalam perlawanan itu.

"Kami memberikan banyak ruang di bahagian tengah dan membenarkan pihak lawan menyerang kami. "Kelantan mengambil kesempatan terhadap ruang itu dan mendapat dua gol berharga sebelum kami menjaringkan gol pada masa penamat," kata Mat Zan.


Beliau berkata setiap pemain harus memainkan peranan tetapi tiada koordinasi langsung. "Kami telah mengecewakan dir kami sendiri dan juga

penyokong kami. Saya mengharapkan persembahan yang lebih baik dari pasukan yang duduk di tempat kedua liga musim lepas," katanya lagi.

Kekalahan itu membenarkan Kelantan melonjak semula ke tempat teratas liga apabila pendahulu sebelum ini, Perak tewas 2-0 kepada T-Team.

Terengganu kini di tepat ketiga. "Kami kekurangan pemain yang mampu membuat hantaran kepada penyerang.

Saya mungkin akan memberi peluang kepada Ismail Faruqi dan lihat jika dia mampu memainkan peranan ini." Saya mahu melihat semangat untuk menang dari mereka tetapi saya tidak lihat itu setakat ini." Terengganu akan bertemu Kedah esok

No comments:

Post a Comment