Monday, February 23, 2015

Jaringan Rangel Membawa Kemenangan Terengganu


Pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim mengakui anak buahnya terpaksa berhempas-pulas sebelum menang 2-1 ke atas Sime Darby FC dalam perlawanan sengit di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Malah, pengendali berusia 69 tahun itu turut mengakui tekanan diberikan pasukan pelawat hampir melemaskan anak buahnya sebelum bangkit menang menerusi jaringan cantik Paulo Rangel sesudah jaringan sulungnya pada babak pertama disamakan pemain lawan Nemanja Vidakovic pada awal babak kedua.


“Ramai beranggapan Terengganu mudah menewaskan Sime Darby, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila kami terpaksa menunggu hingga penghujung perlawanan sebelum menang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Menurutnya, kehadiran empat pemain import pelawat berbanding tiga diturunkan tuan rumah dilihat antara faktor pemain Terengganu terpaksa bekerja keras untuk menyaingi lawan.

“Pasukan lawan menggunakan kekuatan empat pemain importnya. Itulah yang menyebabkan kami sukar menembusi pertahanan lawan,” katanya.

No comments:

Post a Comment