Monday, March 2, 2015

Piala FA : Melaka Tewas Kepada Terengganu



“Kami yakin dapat mengubat penyakit pemain mudah tertekan ketika diasak lawan,” kata pengurus Terengganu Marzuki Sulong selepas pertemuan menentang Melaka United dalam saingan Piala FA minggu lalu.

Beliau berkata, sepatutnya penyakit itu tidak menghantui pemain kerana rata-rata sudah berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Ketika menentang Melaka United, pemain nampak mudah tertekan ketika diasak selain bermain terlalu berhati-hati.

“Saya berkeyakinan dengan motivasi berterusan serta ditambah beberapa perlawanan lagi, penyakit itu akan hilang,” katanya yang mengimpikan satu piala musim ini.

Mengenai ketiadaan pemain pertahanan tengah kental Ahmad Azlan Zainal yang digantung satu perlawanan kerana kad merah, bekas guru itu mengaku sedikit resah kerana seorang lagi pemain di posisi itu Hasmizan Kamaroddin masih cedera.

Selain itu, Marzuki berkata, bek kiri Mohd Zuber Mohd Azmi juga dilaporkan belum boleh beraksi.

“Ini yang merisaukan kami kerana dua-dua pemain itu tonggak pasukan,” katanya.

Terengganu akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment