Tuesday, March 3, 2015

April Ini Boleh Guna


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak boleh digunakan semula bermula April ini bagi perlawanan bola sepak di sebelah siang hari kata Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Dato” Haji Shafii Mohamad.

“Seramai 16 orang kontraktor dilantik bagi kerja membaik pulih fasiliti di dalam stadium ini bagi kegunaan perlawanan bola sepak itu nanti termasuk bilik persalinan, tandas serta bilik vvip.

“Kelewatan ini berlaku akibat musim tengkujuh baru-baru ini dan tertangguh selama satu bulan setengah serta ketika itu semua kerja-kerja tidak dapat disiapkan sepertimana tarikh yang diberikan dahulu”.

“Bagi kegunaan Stadium di sebelah malam dijangka bakal siap sepenuhnya pada akhir April dan boleh digunakan pada awal Mei apabila mendapat kelulusan sepenuhnya daripada FAM”

“Lawatan mengejut Menteri Besar Terengganu Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman semalam bagi meninjau kerja-kerja baik pulih di sini telah bersetuju untuk membeli mesin penyelengaraan padang”katanya lagi semasa sidang Media JKR di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak.

No comments:

Post a Comment