BERAKSI di laman sendiri bukan jaminan buat skuad berstatus kelab, T-Team untuk berlapang dada berdepan Kelantan hari ini, terutama bagi memburu kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super 2012.
Jurulatih, Yunus Alif berkata, keputusan seri, 1-1 di gelanggang lawan Sabtu lalu membuktikan kesungguhan pemainnya yang berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat.
“Apa yang telah diterapkan semasa latihan berjaya dilaksanakan, sekali gus memastikan kami tidak pulang tangan kosong,” katanya.
Bakal berdepan lawan sama di laman sendiri untuk pusingan kedua hari ini, beliau menegaskan pemain perlu berhati-hati kerana ia bukan tiket untuk berasa selesa kerana Kelantan pasti hadir strategi baru menundukkan mereka.
“Saya mahu setiap pemain fokus dan kerjasama sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kita tidak terus tercicir mata sehingga menjejaskan kedudukan dalam liga.
“Semoga kesinambungan rentak cemerlang ditampilkan di Kota Bharu mampu memberi kejutan baru di laman sendiri nanti,” katanya.
No comments:
Post a Comment