Tuesday, April 3, 2012

TTeam dapat import baru

Pasukan T-Team dijangka menurunkan penyerang import baru dari Brazil, Marco Tulio Lopez Silva, buat pertama kalipada perlawanan Liga Super menentang Selangor PKNS, di sini, Jumaat ini.


Jurulatihnya Yunus Alif berkata pengalaman pemain import itu dalam liga antarabangsa sebelum ini dapat membantu pasukan itu mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini.



"Saya berharap pendaftaran pemain import itu dapat berjalan lancar apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka sesi kedua pendaftaran sehingga 16 April ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Sekiranya pendaftaran Marco Tulio, 31, diterima oleh FAM, pemain itu, yang pernah bermain untuk pasukan kelab di Hungary, Bulgaria dan Jepun, menjadi sandaran pasukan T-Team bagi memburu kedudukan tiga tempat teratas liga musim ini.



T-Team terpaksa menggunakan khidmat Marco Tulio setelah pemain importnya sebelum ini, Zacharia Simokunda dari Zambia disingkirkan kerana prestasinya tidak memuaskan.



Pasukan yang berstatus kelab dari Terengganu ini kini menghuni di tangga keempat dengan 19 mata di belakang 'abangnya' Terengganu, Lions XII dan
pendahulu liga, Kelantan.

No comments:

Post a Comment