Tuesday, May 1, 2012

Terengganu perlu Menang

Terengganu menyandarkan sentuhan berbisa Francis Forkey Doe dan Abdul Hadi Yahaya untuk membolosi gawang Simber Darby pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium MP Selayang, hari ini.

Selepas dikejutkan 1-2 oleh pasukan Liga Perdana berstatus kelab, Sime Darby pada separuh akhir pertama, jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berharap keputusan tersebut dapat diubah menerusi kelibat Forkey Doe dan Abdul Hadi.

Mat Zan berharap, kedua-dua penyerang tersebut dapat menjelmakan semula aksi seperti mana mereka membelasah kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 6-2 dalam saingan Piala AFC.
Menurutnya, hampir semua pemain utama bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk diturunkan kecuali penyerang, Abdul Manaf Mamat."Ashaari (Samsudin), Reshafiq (Alwi) dan Syukor (Abdul Syukor Jusoh) juga menjalani latihan dan ia merupakan perkembangan yang positif."Kita mungkin akan mengekalkan corak permainan yang sama ketika menang 6-2 ke atas Song Lam tempoh hari," katanya semalam.

Mat Zan turut berharap jentera serangan yang diterajui Forkey Doe dan Abdul Hadi Yahaya menemui sentuhan masing-masing seperti yang dipamerkan ketika menentang kelab Vietnam itu tempoh hari.

"Bagi saya sumbangan setiap pemain itu penting. Jadi, tak ada gunanya jika kita mempunyai formasi atau taktikal yang bagus tapi mereka ini (pemain) tidak berfungsi atau mendengar arahan.

"Biarpun Sime Darby akan beraksi tanpa dua penyerang utama (Patrick Ronaldinho dan Irme Mat)namun kita akan tetap berwaspada."Ini kerana mereka tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk menewaskan kita tambahan pula mereka mempunyai bekalan dua gol.

"Jadi kita perlu berhati-hati dengan ancaman yang bakal diterima dan bersedia menghadapai sebarang cabaran sepanjang 90 perlawanan dan juga masa tambahan," ujarnya.

1 comment:

  1. terengganu perlukan jurulatih baru segera, taktik dipakai sekarang dah lapuk, stail 80'an. bagi saya masuk minit ke-8 permainan dah boleh dibaca taktik mat zam, apa lagi jurulatih profesional.adalah dijangka terengganu akan berada di tangga ke-8,9 dalam liga tahun ini.sayang, ramai pemain baik, jurulatih pula merosakan sokongan.

    ReplyDelete