Monday, October 31, 2011

Mat Zan Coach Baru Terengganu

Mat Zan Aris yang penah membawa kejayaan Terengganu merangkul Piala Malaysia pada 2001 akan melatih pasukan Terengganu pada musim 2012.

Saya Terharu Penyokong PETEH Dibelakang Saya


Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.

Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu memberitahu sidang media di sini bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama Terengganu.
Katanya, pengunduran itu adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

"Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk tidak menyambung kontrak bersama Terengganu. Tiada paksaan dan keputusan ini dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan PBSNT di sini.

Beliau berkata, Terengganu adalah antara pasukan paling bagus pernah dibimbingnya dan dia tidak akan melupakan negeri Penyu itu.

"Memang sedih nak tinggalkan negeri ini dan pemain, namun di saat ini saya terpaksa buat keputusan ini demi masa depan pasukan dan diri sendiri," katanya tanpa mengulas lanjut punca sebenar beliau mengambil tindakan itu.

Di bawah kendaliannya selama dua musim, Terengganu berjaya menjuara Piala FA, menjadi naib juara Liga Super dan terbaru naib juara Piala Malaysia selepas kalah kepada Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir Sabtu lalu.
Pemergian Irfan Bakti bakal menyaksikan Terengganu musim depan akan dikemudi jurulatih baru.

Ia juga menimbulkan teka-teki ke mana Irfan Bakti selepas ini.

Bagaimanapun beliau tetap akan diingati sebagai jurulatih yang bertanggungjawab menjadikan Terengganu gergasi bola sepak Pantai Timur.

STATUS PEMAIN BOLA TERENGGANU


KEKAL

1. Mohd Ailim Kamaruddin
2.Hadi Yahya
3.Mazlizam Mohamad
4.Ashari Shamsudin
5.Manaf Mamat
6.Sharbinee Allawee
7.Mazuki Yusof
8.Joseph Kallah Tie
9.Reesyafiq Alwi
10.Ismail Faruqi
11.Ahmad Nordin Alias
12.Mohamad Shamirza Yusof
13.Mohd Shahril Saa'ri
14.Nik Zul Aziz Nawawi
15.Mohamad Muhaimin Omar
16.Hasmizan Kamaruddin
17.Md.Zubir Azmi


KELUAR

1Haji Irfan Bakfi
2.Ronny Harun
3.Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan
4.Helmi Remeli
5.Zharif Hasna
6.Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi

Sunday, October 30, 2011

Minta Maaf Minta Ampun



Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.

Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia sang penyu.

"Saya memang kecewa kerana semasa perlawanan penting, terjadi insiden yang tidak diduga ini, perlawanan memang sengit, bola itu datang secara tiba-tiba dan saya gagal membuat keputusan yang tepat hingga memberikan gol mudah kepada pihak lawan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, hari ini.

Jelas pemain yang berusia 25 tahun itu, kerana kesilapan inilah mereka telah terlepas peluang untuk menjulang piala yang diidam-idamkan dan kekecewaan jelas tergambar di wajah bapa kepada seorang anak ini.

Bagaimanapun kesilapan dan kekecewaan ini telah mengajar beliau dan rakan sepasukan dan ia memberi pengalaman yang cukup berguna dan menjadi titik permulaan untuk terus maju pada perlawanan akan datang

Kedudukan Pemain Terengganu



Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan perjumpaan dengan jurulatih dan barisan pemain bagi menentukan kedudukan mereka musim depan.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, perjumpaan itu akan diadakan di Wisma Seri Amar, di sini esok.

"Esok kita akan berbincang dengan jurulatih, memang akan ada pertukaran pemain, bagaimanapun keputusannya bergantung kepada syarat yang dibuat sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini hari ini.

Che Mat berkata, perbincangan peringkat awal telah diadakan dan semua keputusan akan diumum esok.

"Bagi persatuan, kami tidak ada masalah untuk meneruskan apa yang telah dipersetujui di peringkat awal,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Friday, October 28, 2011

Tempat Penyokong Terengganu



Gimik







Banner peteh



Daging Kijang Telah Di Ratah Kini Daging Rusa Pulok...Nak Masak apa?

TRG 2 - N9 0

TRG 2 - N9 1


TRG 3 - N9 0







PILIHLAH MENU KESUKAAN ANDA.












Malam esok ruso binaso



TEMBOK Kota Bharu telah diruntuhkan, benteng Shah Alam sudah dipecahkan.

Kini '11 tentera putih' kendalian Irfan Bakti sedia merobohkan kubu Seremban dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kuala Terengganu.

Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan dengan hampir 90 peratus meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.

Persoalan kini, mampukah Terengganu merealisasikan ramalan itu dengan corak permainan penuh taktikal, ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ke- tiga selepas edisi 1948 dan 2009.

Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam esok bakal menjadi saksi kepada kejaguhan sebenar dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.

Bagi Irfan sendiri, beliau tidak memandang status pilihan yang diberikan kepada skuad kendaliannya sebagai satu tekanan, malah ia dianggap suatu penghormatan buat semua pemainnya yang telah bekerja keras sepanjang musim ini.

Jelasnya, para pemainnya juga kini memiliki motivasi tinggi untuk mengharungi 90 minit permainan di Shah Alam selepas kejayaan menyingkir dua bekas juara, Kelantan dan Sela- ngor di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

"Kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Para pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.

"Kami telah pergi sejauh ini dan kami tidak sesekali memandang ke belakang. Perjuangan kami tetap satu iaitu menjulang trofi Piala Malaysia dan para pemain saya bertekad untuk melakukannya dalam tempoh 90 minit," katanya.

Di sebalik keyakinan itu, Irfan bagai-manapun menjelaskan bahawa para pemainnya sebenarnya cukup bersedia untuk melalui perlawanan akhir itu andai ia terpaksa ditentukan sehingga ke masa tambahan.

Malah katanya, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menum- bangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.

"Kalau perlawanan ditentukan sehingga masa tambahan, ia tidak menjadi masalah buat saya.

"Kami telah melakukan persiapan yang cukup rapi dan saya boleh kata- kan, semua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan sedia untuk diturunkan," ujarnya.

Ditanya adakah beliau bersedia dengan kemungkinan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, Irfan secara sinis berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya.

"Sejak dari awal lagi saya telah katakan yang kami cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.

"Tidak kira bagaimana sekalipun perlawanan ini ditentukan, kami tidak akan gentar. Para pemain memikul amanah besar kerana saya tahu seluruh rakyat Terengganu mengharapkan agar kami membawa pulang piala ini," tegasnya.

Mengulas mengenai barisan kemungkinan, Irfan masih bertegas untuk tidak mendedahkannya sekalipun gambaran awal mengenai kesebelasan pemain yang bakal diturunkan telah ada.

Thursday, October 27, 2011

Terengganu Di Puncak Liga Malaysia



Semangat pasukan penyu berada di kemuncak untuk bawa pulang Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan di perlawanan akhir piala berprestij itu Sabtu ini.

Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh berkata, semangat pemain begitu tinggi dan ”penyu tidak akan menanggis lagi” serta akan mengusung balik piala itu dengan mengalahkan Negeri Sembilan.

"Diharap pada pertandingan akhir nanti semangat pemain Terengganu akan sampai ke kemuncak,” katanya ketika diminta mengulas persiapan pasukannya menghadapi perlawanan tersebut.

Che Mat yang juga Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu sangat berpuashati dengan persediaan pasukannya dan semua pemain utama berada dalam keadaan bersih daripada sebarang penggantungan.

Katanya, jurulatih Irfan Bakti sedang mengatur strategi bagi memastikan Piala Malaysia yang pertama kali dimenangi Terengganu 10 tahun lalu akan kembali ke Terengganu.

"Kejayaan itu tambah menyinar lagi apabila kerajaan negeri memberi sokongan padu kepada pasukan negeri terutama sekali Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said,” katanya.

Begitupun, Che Mat tidak menafikan kehebatan pasukan Negeri Sembilan yang gagal menjuarai kejohanan tahun lepas setelah kalah kepada Kelantan dalam perlawanan akhir.

Beliau berkata bagi Terengganu mengalahkan pasukan hebat merupakan satu pengalaman berharga seperti dilakukan ke atas Selangor dan Kelantan di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Round Bandaraya KT

Pakai baju putih & bawa bendera Terengganu.


Esok pakat berarak round bandaraya Kuala Terengganu.


Laung Peteh Terengganu Peteh


Bunyi hon


Bagi naikan semangat penyokong Terengganu

TERENGGANU DENGAN SEMANGAT NELANG


1. KELAB PENYOKONG BOLASEPAK TERENGGANU (PETEH) AKAN MENGETUAI 40 RIBU PENYOKONG TERENGGANU.

2. KELAB PETEH MENYEDIA 15 BUAH BAS DISAMPING BAS-BAS PENSENDIRIAN, BAS YANG DISEDIAKAN OLEH YB-YB. DI SAMPING ITU PENYOKONG YANG DATANG SENDIRI DENGAN KERETA DAN VAN.

3. KELAB PETEH AKAN MEMBUAT OMBAK HITAM PUTIH BAGI MENAIK SEMANGAT PEMAIN.PEMAIN.

4. SEBANYAK 20 BUAH GENDANG BESAR AKAN DISEDIAKAN OLEH KELAB PETEH. DIFAHAM DAERAH –DAERAH LAIN JUGA MEMBAWA GENDANG DAN AKAN BERGABUNG DENGAN KELAB PETEH.

5. KELAB PETEH AKAN MEMASUKI PINTU QUADRUN C DAN PENYOKONG TERENGGANU BOLEH MELETAK KENDERAAN DI PETAK N1 & N2 DI HADAPAN PASARAYA GIANT.

6. KELAB PETEH AKAN MENYEDIAKAN BENDERA TERENGGANU BERSAIZ BESAR 10 KA X 30 KA. BANNER BER SAIZ 60 KA X 20KA. DISAMPING BENDERA & BANNER YANG DIBAWA SENDIRI OLEH PENYOKONG2 LAIN.


7. SEMUA PENYOKONG DIKEHENDAKI PAKAI JERSEY PASUKAN TERENGGANU ATAU BAJU WARNA HITAM PUTIH

8. KELAB PETEH AKAN BERTOLAK KE SHAH ALAM PADA 28.OKT. 2011 JAM 9 MALAM & MENAIKI BAS DIHADAPAN PEJABAT PETEH (BAWAH SCORE BOARD STADIUM SSINS).


9. KALAH ATAU MENANG PASUKAN TERENGGANU AKAN MENYAMBUT PEMAIN-PEMAIN DI AIRPORT. SETIAP PEMAIN AKAN DIBERI TELUR MERAH DENGAN NASI KUNYIT.

10 JIKA MENANG KELAB PETEH AKAN MENYEDIAKAN 10 BUAH KENDERAAN UNTUK MENGANGKUT PEMAIN-PEMAIN UNTUK MENGELILING BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Wednesday, October 26, 2011

Menteri Arah FAM Kaji Balik



MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula harga tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.


Menurut Ahmad Shabery, harga tiket untuk semua tempat duduk itu dianggap mahal bagi peminat-peminat bola sepak yang kurang berkemampuan.Katanya, harga tiket RM50 berbanding RM30 yang dijual pada aksi final Piala Malaysia sebelum ini adalah satu peningkatan yang mendadak."


Bagi mereka yang datang seorang mungkin tidak ada apa-apa tetapi bagi mereka yang datang satu keluarga adalah melibatkan jumlah kos yang besar."Mungkin sebelum ini mereka hanya perlu membayar sebanyak RM150 untuk lima orang, tetapi sekarang RM250," kata Ahmad Shabery di Menara KBS di Putrajaya semalam.


Ahmad Shabery berkata, beliau sudah maklum perkara itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS)."Saya tidaklah begitu kecewa sekiranya harga tiket ini diumumkan lebih awal, tetapi bila dah masuk final keghairahan peminat sukan akan terhenti."Lebih-lebih lagi apabila bermain di Stadium Shah Alam yang orang ramai tahu mutu padang itu rendah," ujarnya.


Di Seremban, PBNS turut menegaskan bahawa harga tiket RM50 itu membebankan para penyokong.Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PBNS tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan kerana ia jelas melonjak dari harga tiket final Piala Malaysia musim lepas."Kita sendiri di peringkat PBNS tak setuju dengan harga tiket yang melonjak dari RM30 kepada RM50. Ramai yang meminta saya campur tangan, tetapi itu bukan bidang kuasa saya."Venue dan harga tiket, semua itu FAM yang tentukan, tetapi keputusan telah dibuat," katanya.


Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan turut kesal dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket final Piala Malaysia musim ini.Timbalan Presidennya, Mohd. Faidzul Mohd. Noh menyifatkan ia sesuatu yang membebankan peminat dan penyokong.Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

Tuesday, October 25, 2011

Bantahan Dari Penyokong





Penyokong Terengganu & Negeri Sembilan memasang baner untuk boikot Piala Malaysia

Terima Kasih Kerajaan Terengganu

Terima kasih Menteri Besar Terengganu


Bagi meredakan keluhan penyokong yang menganggap harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia agak melampau, kerajaan negeri akan memberi subsidi sebanyak 50 peratus.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri telah mengarah Persatuan Bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) menempah 30,000 tiket kepada penyokong negeri dengan pembayaran terus kepada persatuan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said juga mahu ia diagihkan keseluruh negeri dengan 500 keping diperuntukkan bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

Marah Naik Harga

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket sebanyak 70 peratus untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Selangor, Ahad ini.

FAM menaikkan harga tiket dari RM30 dinaikkan kepada RM50.
Ahmad Shabery berkata, beliau sendiri berasa pelik dan tidak boleh menerima tindakan FAM menaikan harga tiket di saat akhir iaitu beberapa hari sebelum perlawanan itu berlangsung.
Katanya, beliau bimbang tindakan FAM terbabit boleh menyebabkan ramai penonton Terengganu dan Negeri Sembilan kecewa kerana tidak mampu membeli tiket untuk menyaksikan pelawanan pasukan kesayangan mereka di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Jangan kita lihat kenaikkan harga tiket berkenaan membabitkan individu kerana kebanyakan penonton datang bersama keluarga atau rakan. Dulu satu keluarga terdiri daripada empat hingga lima orang mereka akan belanja RM150 tetapi sekarang mereka perlu belanja RM250 dan ini satu kenaikkan mendadak.

"Saya tidak berasa marah dan begitu kecewa jika FAM membuat pengumum awal mengenai kenaikkan harga tiket terbabit kerana ia membolehkan penonton bersedia lebih awal dan mengakibatkan kegairah mereka menyaksikan perlawanan menurun seketika. Malah, ramai penonton merungut kerana keadaan padangnya teruk," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco Sukan Negeri di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Berikutan itu, Ahmad Shabery menggesa FAM mengkaji semula harga tiket yang akan dikenakan kepada penonton supaya tidak membebankan dan sekali gus menggalakkan lebih ramai peminat bola sepak dari seluruh negara menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia itu. Ahmad Shabery berkata, FAM patut mengambil kira perasaan penonton dan peminat bola sepak di seluruh negara sebelum mereka bertindak menaikan harga tiket perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan terbabit.

Ini kerana, katanya kekuatan dan tarikan utama sukan bola sepak di Malaysia dan di peringkat dunia adalah bergantung kepada sokongan peminat. "Jika mengetepikan soal hati dan perasaan penonton atau penyokong bola sepak maka kita seolah-olah mengetepikan apa yang menjadi asas dan kekuatan sukan ini...ia adalah satu kesilapan besar. "Saya berharap FAM dapat belajar daripada tindakan Queens Park Rangers (QPR) memberi diskaun kepada penonton yang membeli tiket secara 'online' lebih awal," katanya.

Baikot PIALA MALAYSIA

Rata-rata di FB penyokong bolasepak Terengganu & Negeri Sembilan meluahkan perasaan tidak puas hati kenaikan harga tiket sebanyak RM50. Mereka mengutuk kepada FAM kerana mementing keuntungan dari menghargai peminat bolasepak yang sentiasa menyokong pasukan bolasepak tanah air.

Penyokong dari Terengganu lagi terasa bebanan kerana kenaikan harga menyewa bas dari harga biasa RM2000 melambung kepada RM4000.

Maka FAM perlu menurunkan harga tiket kepada RM25 bagi menghargai sumbangan penyokong bolasepak yang mula membanjiri stadium.

Harga tiket RM50 terlalu tinggi kepada kedua-dua penyokong yang mempunyai pendapatan yang rendah.

Monday, October 24, 2011

Rombongan Kelab PETEH

HARGA TAMBANG & TIKET

AHLI rm120.00 SEORANG

Bukan Ahli RM130 seorang

Tshirt Peteh Percuma


Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) menjangkakan lebih 10,000 penyokong Terengganu akan memberi sokongan moral kepada pasukan Penyu apabila bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam, 29 Oktober ini.

Setiausaha Peteh Wan Mohd Azmi Wan Ngah (013 997 1900) berkata Peteh akan menyediakan 10 buah bas untuk membawa penyokong dan peminat Terengganu ke pertandingan akhir itu nanti.

Beliau berkata peminat dan penyokong Terengganu dijangka memberi sokongan hebat kerana ini merupakan pemburuan kali kedua Terengganu untuk menjulang Piala Malaysia setelah muncul juara kali pertama 10 tahun lalu.

Peteh akan mengadakan pendaftaran di pejabat persatuan itu pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari setiap hari sehingga 28 Okt," katanya.

Wan Mohd Azmi berkata Peteh akan menyediakan lebih banyak bas sekiranya pendaftaran itu mendapat sambutan peminat dan penyokong Terengganu, di samping pemberian percuma sehelai baju-T kepada penyokong yang mendaftar awal.

Beliau berkata Peteh akan turut menjual aksesori pertandingan akhir Piala Malaysia seperti baju-T, kain rentang dan wig di hadapan pejabat Peteh mulai pukul 10 pagi hingga 12 malam dan di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan.

Wan Mohd Azmi berharap peminat dan penyokong Terengganu memberikan kerjasama dan menyaksikan perlawanan itu dengan penuh semangat kesukanan bagi memastikan perlawanan berjalan lancar.

Kehebatan Terengganu Nelang



GERGASI Pantai Timur, Terengganu semakin bersemangat untuk memburu kejuaraan kali kedua dalam kancah Piala Malaysia apabila mengesahkan kemaraan ke final untuk bertemu Negeri Sembilan di Shah Alam, Sabtu ini.

Juara Piala FA itu yang berjaya membawa pulang trofi berprestij itu buat kali pertama pada 2001 ketika di bawah kendalian Mat Zan Mat Aris sudah pasti mengidam koleksi kemenangan kedua kerana sudah sedekad menanti untuk beraksi di pentas final.

Kapten Terengganu, Marzuki Yusof berkata, selepas berjaya meleburkan Misi 33 Selangor, semangatnya dan rakan sepasukan kian membara untuk mencatat kemenangan berganda selepas mendakap Piala FA, Jun lalu, selain muncul naib juara Liga Super.

“Jika dihitung, tempoh 10 tahun terlalu lama untuk kami melangkah semula ke final, jadi dengan peluang keemasan yang hadir ini, saya dan rakan sepasukan bertekad untuk membawa pulang Piala Malaysia,” katanya.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim berjaya melebur impian Selangor menerusi kemenangan 2-1 sekali gus layak menerusi agregat 4-1.

Abdul Manaf Mamat dan Ashari Samsuddin sekali lagi membuktikan sentuhan mereka berbisa apabila masing-masing menghasilkan satu jaringan untuk meletakkan pasukan ke final sebelum pelawat merapatkan kedudukan hasil jaringan Safiq Rahim.

Sementara itu, Irfan Bakti berkata, beliau sudah menjangkakan pertemuan itu sengit kerana lawan sudah pasti mahu memadam kekurangan dua jaringan di Stadium Shah Alam pada peringkat separuh akhir pertama, Selasa lalu.

“Saya amat bangga dengan komitmen pemain kerana berjaya melaksanakan arahan taktikal dengan berkesan untuk menyekat hajat Selangor.


“Memang kami sudah agak selesa dengan kelebihan dua jaringan, namun semangat membara pemain untuk ke final perlu diberi pujian,” katanya.


Berdasarkan rekod, Terengganu mara ke final piala berprestij itu sebanyak empat kali pada 1973, 1982, 1998 dan hanya pada 2001, mereka berjaya merangkul gelaran juara selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Perak.


Sementara itu, jurulatih Selangor, P Maniam mengakui Terengganu berhak mara ke final berdasarkan prestasi yang dipamerkan pasukan itu sepanjang saingan separuh akhir.

Piala Malaysia Milik Terengganu

''Ini tahun untuk Terengganu," ujar Irfan Bakti penuh yakin dengan aksi anak buahnya yang seolah-olah perjalanan penyu tidak boleh disekat lagi ketika beraksi di pentas akhir kelak.

Terengganu yang akhirnya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan bakal menentang Negeri Sembilan pada 29 Oktober ini mahu mengulangi kejayaan sedekad lalu dengan membawa piala berprestij dalam arena bola sepak negara itu.

Kejayaan ini kembali mencetuskan semula suasana demam bola sepak di negeri ini.

Irfan Bakti percaya sejarah manis yang dilakar pada 2001 setelah menang 2-1 ke atas Perak mampu berulang sekali lagi berdasarkan komitmen serta keyakinan tinggi anak buahnya.

Beliau menyifatkan kesungguhan para pemain skuad Penyu pada sepanjang musim Piala Malaysia kali ini sangat luar biasa dan juara Piala FA itu mampu mengulangi sejarah 10 tahun lalu.

Selain itu, jelasnya, pemain Terengganu telah menunjukkan prestasi dan komitmen bermula awal musim lagi dan momentum itu konsisten sehingga menghampiri kemuncak.

"Saya bukan ingin mendabik dada tapi tetap percaya tahun 2011 ini, pasukan kita akan berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Terengganu.

"Kalau kita lihat perlawanan-perlawanan terdahulu, Terengganu melalui rentetan yang menyakinkan bahawa skuad Penyu berupaya merangkul Piala Malaysia musim ini," katanya sewaktu ditemui sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Terengganu menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Dalam pada itu, pengendali Selangor, P. Maniam pula berkata, walaupun tewas dan gagal mara ke perlawanan akhir, beliau tetap berpuas hati, malah turut berbangga dengan semangat juang para pemain Merah Kuning dari awal perlawanan sehingga wisel penamat.

"Saya puas hati dengan semangat tinggi para pemain Selangor, kita dah cuba sedaya upaya tapi nasib memang tidak menyebelahi kita dan Terengganu lebih baik," katanya.

Sunday, October 23, 2011

Peribahasa Bola


peribahasa bolasepak..

1) STADIUM YANG TENANG,,JANGAN DISANGKA TIADA MERCUN

2) PIALA LIGA SUPER DI NEGERI ORG, PIALA MALAYSIA DI NEGERI KITA

3) DIMANA PADANG DIPIJAK, DI SITU BOLA DIKONTROL

4) MASUK STADIUM MEMEKIK, MASUK PADANG MENJERIT

5) SEDIKIT-SEDIKIT KAD KUNING, LAMA-LAMA JADI KAD MERAH..

6) YANG DIKEJAR OFFSIDE, YANG DIKENDONG OUT..!

7) HENDAK SERIBU GOL, TAK HENDAK SERIBU BOLOS..!

8) BAGAI PENGADIL LUPAKAN WISEL

9) ALANG-ALANG MENGASARI LAWAN, BIAR SAMPAI KENA BUANG PADANG..!

10) MENANG SORAK TAPI KALAH DIDEPAN PENYOKONG SENDIRI

11) BAGAIKAN TUMIK DENGAN MANAF



TEMPAHAN KE FINAL PIALA MALAYSIA

Tambang Bas & Tiket

Bukan Ahli = RM130 seorang

Ahli = RM140 seorang




Pendaftaran boleh buat di Pejabat Peteh, Bawah Scoreboard Stadium Sultan Ismail.



Keterangan lanjut: Cikgu Wan Azmi 013 997 1900






Pendaftaran awal dapat baju Peteh sehelai Percuma.




Cepat Daftar Sebelum terlambat: tarikh akhir Khamis 27. 10. 11




Bertolak : 28.10.11 jam 9 malam

Terengganu Berjaya Ke Final



Abdul Manaf Mamat sekali lagi membuktikan kehebatannya, apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-19, hasil gerakan menarik di dalam petak penalti.

Gol kedua juara Piala FA 2011 itu dihasilkan menerusi Ashaari Shamsuddin pada minit ke-72, apabila melakukan rembatan deras melalui kaki kiri dari luar petak penalti.

Dua minit sebelum perlawanan tamat skuad bimbingan P. Maniam berjaya memperoleh gol saguhati hasil tandukan Safiq Rahim, yang menerima hantaran lintang Amirul Hadi Zainal

TTeam Gagal Ke Final



Negeri Sembilan berjaya mempertahankan kelebihan keputusan perlawanan separuh akhir pertama 4-2 sebelum menang 2-1.

Negeri Sembilan mampu untuk menjarakkan kelebihan gol pada minit ke-19 apabila Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol, namun ia tidak dikira kerana Shukor Adan dan Hairuddin sendiri berada dalam posisi ofsaid.

Skuad kendalian Yunus Aliff menjadi tertekan pada masa separuh kedua apabila pemain pertahanan T-Team, Nor Fazly Alias diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-57.

Namun, T-Team bangkit dengan jaringan Fitri Omar pada minit ke-72, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi gol Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian.

Negeri Sembilan lega apabila Shukor Adan menanduk masuk gol pada minit ke-84 hasil hantaran lintang pemain sayap S.Kunanlan, seterusnya memadamkan hasrat T-Team untuk mencipta sejarah mara ke final buat kali pertama.

Perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu depan.

Negeri Sembilan sebelum ini telah dua kali menjulang Piala Malaysia pada 2009 dan 1948, Terengganu pula memenangi piala berusia 90 tahun ini ketika menewaskan Perak 2-1 pada 2001

Piala Malaysia 2011 Separuh Akhir 2 - Terengganu 2-1 Selangor (Agg. 4-1)

Terengganu Ke Final Piala Malaysia

Terengganu Ke Final Piala Malaysia

Saturday, October 22, 2011

Trio Berbisa



BISA tiga peledak tersohor Terengganu yang diketuai penjaring terbanyak musim ini, Abdul Hadi Yahaya serta Mohd Ashari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat terus ditagih jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim untuk merobek gawang juara 32 kali Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Irfan Bakti, 60, turut mengharapkan benteng pertahanan dan jentera tengah mampu melaksanakan tugas dengan berkesan untuk menyekat Red Giants yang mahu mengatasi kelebihan dua gol tuan rumah yang menang 2-0 pada aksi pertama.


Menurutnya , kelicikan tiga serangkai itu yang sentiasa bertukar posisi dan hantaran ketika menyerang tidak perlu diragui kerana mereka sudah membuktikan kemampuan masing-masing.

Katanya, prestasi mereka amat menggembirakannya dan berharap terus berusaha gigih bagi merealisasikan hasrat Terengganu memburu juara piala berprestij itu.


“Prestasi tiga pemain di posisi depan itu semakin menyerlah dan serasi sebagaimana dibuktikan ketika beraksi menentang Kelantan dan Selangor pada separuh akhir pertama dan saya percaya jika persembahan tiga pemain itu digandakan, skuad Terengganu mampu melangkah dengan bergaya malam ini,” katanya.


Menurutnya, biarpun Abdul Hadi masih belum menemui sentuhan jaringan dalam pentas Piala Malaysia, tetapi hantarannya kepada Abdul Manaf dan Mohd Ashari tetap berbisa, sekali gus membuktikan dirinya selaku penyerang hebat dan berkualiti sebagaimana ketika meledakkan 20 jaringan.

“Begitu juga dengan Abdul Manaf yang menghasilkan dua gol di Shah Alam, Selasa lalu dan Mohd Ashari yang juga menjaringkan dua gol ketika menentang Kelantan di suku akhir.


“Saya yakin tiga pemain ini mampu menjadi senjata pemusnah ketika menentang Selangor nanti,” katanya. Dalam pada itu, jurulatih berasal dari Kelantan itu turut mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan Selangor malam ini yang pasti cuba bangkit untuk memerangkap mereka.

“Sebarang kealpaan pasti mengundang padah dan saya berharap pemain dapat mencari gol awal bagi melemahkan semangat lawan,” katanya.


Sementara itu, Abdul Hadi, berharap penyertaannya ber sama Terengganu musim ini bakal memberi tuah buat dirinya dan pasukan dalam misi memburu mahkota kejuaraan piala berprestij itu.

Belum berakhir



KETUA jurulatih T-Team, Yunus Alif, melahirkan keyakinan tinggi terhadap skuad bimbingannya itu untuk menyekat kemaraan Negeri Sembilan, apabila turun membuat perhitungan terakhir dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Sekalipun ketinggalan dua gol selepas tewas 2-4 pada perlawanan pertama Selasa lalu, pengendali berpengalaman itu menyifatkan peluang mereka untuk mencipta sejarah ke perlawanan akhir merebut piala berprestij itu, belum lagi tertutup.


“Masih ada 90 minit lagi yang akan menjadi penentu terhadap perjuangan kami musim ini, walaupun kami ketinggalan dari segi jaringan dengan Negeri Sembilan, itu tidak bermakna perjuangan kami sudah berakhir.

“Ini kerana dalam bola sepak, tiada yang mustahil dan apa yang pemain T-Team akan lakukan ialah turun dengan semangat juang tinggi serta beraksi habis-habisan untuk mencapai kemenangan sekali gus menafikan kelebihan yang dimiliki tuan rumah,” katanya ketika ditemui Arena Metro, di padang Majlis Perbandaran Seremban, petang semalam.


Hujan renyai menyebabkan Yunus terpaksa mengendalikan latihan ringan terhadap skuad bimbingannya itu. Menurut Yunus, anak buahnya tidak berdepan tekanan untuk melaksanakan tugas itu sekali pun beliau mengakui tanggungjawab yang bakal digalas mereka malam nanti adalah berat tetapi tetap yakin peluang masih ada untuk mencapai kemenangan.


Malah katanya, semangat dan keyakinan di kalangan anak buahnya jelas terpancar di wajah mereka sekali gus membuktikan mereka langsung tidak berasa tertekan dengan tugas yang bakal dilaksanakan nanti.

“Perancangan kita adalah untuk mendapatkan gol awal kerana persembahan pada separuh masa pertama bakal menjadi penentu kepada kejayaan pasukan dan jika ia gagal memungkinkan pemain berada dalam tekanan, namun saya amat berharap segala perancangan yang dibuat akan membuahkan hasil memuaskan malam esok (ini),” katanya.


Pengendali itu juga mengakui ketiadaan ayam tambatan pasukan Indra Putra Mahyuddin yang tidak dapat beraksi kerana menerima dua kad kuning, memberi sedikit kesan di barisan depan, tetapi yakin penggantinya, Mohd Haris Safwan Kamal, mampu menggalas tugas itu dengan baik.

Hadi Mengganas Malam ini



PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya dan perancang Selangor, Safiq Rahim pernah mewakili pasukan sama dan membesar bersama mengukir nama dalam bola sepak. Tapi, malam ini sifat kawan akan diketepikan ketika digamit misi besar untuk kedua-dua pemain tonggak berkenaan - membantu pasukan masing-masing layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.




“Ya...kami berdua berasal dari Selangor, tapi saya perlu bersikap profesional. Di luar padang kami masih sahabat, tapi dalam padang kami tetap musuh,” tegas Hadi yang akan bergandingan dengan Abdul Manaf Mamat memastikan kemenangan memihak mereka dalam saingan separuh akhir kedua, malam ini.




Safiq, 24, juga senada ketika mahu memastikan Selangor akan mara dan Hadi disekat daripada membocori gawang mereka.

“Saya dan beberapa rakan sepasukan akan menggunakan pengalaman berdepan Indonesia di Gelora Bung Karno ketika Piala Suzuki AFF 2010. Kami berdepan tekanan besar ketika itu dan saya percaya tekanan sama dapat di atasi berdepan Terengganu di gelanggang lawan esok (malam ini),” kata bekas kapten Harimau Malaya itu.

Friday, October 21, 2011

Pembelian Pemain Telah Berlaku?

rumours perpindahan pemain untuk musin akan datang.

Ingat ini hanya khabar2 angin & bukan berita sebenar.

Selangor
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) ---> Selangor
Badri Radzi (Kelantan) ---> Selangor
S Chanturu (Kelantan) ---> Selangor
Norfarhan Mohammad (T-Team) ---> Selangor

Negeri Sembilan
Farisham Ismail (Kelantan) ---> Negeri Sembilan
Baddrol Bakhtiar (Kedah) ---> Negeri Sembilan

Perak
Abdul Hadi Yahya (Terengganu) ---> Perak
Hardi Jaafar (Selangor) ---> Perak
K Soley (Kelantan) ---> Perak

Kelantan
Jocip Bonacin (Croatia) ---> Kelantan
Azmi Muslim (Kedah) ---> Kelantan
Safiq Rahim (Selangor) ---> Kelantan
Amirul Hadi Zainal (Selangor) ---> Kelantan
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur) ---> Kelantan
Fakri Saarani (Negeri Sembilan) ---> Kelantan
Azlan Ismail (Kedah) ---> Kelantan
Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda A) ---> Kelantan
Nizarudin Yusof (Felda United) ---> Kelantan

ATM
Hairuddin Omar (Negeri Sembilan ) ---> ATM
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan) ---> ATM
Zaquan Adha (Negeri Sembilan) ---> ATM
Nizad Ayub (Kelantan) ---> ATM
Ramzul Zahini Adenan (Kelantan) ---> ATM

Kedah
Marlon Alex James (Vancouver Whitecaps FC) ---> Kedah
Nelson Sam Martin ---> Kedah
Akmal Rizal Rakhli (Perak) ---> Kedah
Razali Umar Kandasamy (Perak) ---> Kedah
Azizi Mat Rose (T-Team) ---> Kedah
Rizal Fahmi (Kelantan) ---> Kedah
S Subramaniam (Kelantan) ---> Kedah
Danail Fadzli (Kelantan) ---> Kedah
Indra Putra (T-Team) ---> Kedah

T-Team

Johor FC
Fitri Omar (MP Muar) ---> Johor FC
Nurul Azwan Roya (Kelantan) ---> Johor FC

Sarawak
Alexis Ngambi (Cameroon) ---> Sarawak
Kalle Sone (Cameroon) ---> Sarawak
Joseph Kalang Tie (Terengganu) ---> Sarawak ....

Fazly Akan Menguatkan pertahanan

EPISOD duka dicalar Negeri Sembilan di gelanggang sendiri Selasa lalu, mahu segera dilupakan barisan Yunus Alif yang bakal turun dengan strategi berbeza dalam misi memadam kelebihan dua gol dimiliki lawan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Paroi, malam esok.

Pertahanan kental T-Team, Nor Fazly Alias berkata, dia dan rakan sepasukan sudah melupakan episod malang itu dan kini bersemangat untuk menebus kembali kekalahan itu dalam misi melayakkan diri ke final.


“Luka dimalukan lawan memang perit untuk dihadapi, namun dengan semangat dan motivasi diberikan pihak pengurusan, kami kembali fokus untuk perlawanan kedua ini dengan strategi berbeza,” katanya.

Pada aksi separuh akhir pertama itu, skuad T-Team yang dijanjikan imbuhan istimewa daripada kerajaan negeri jika layak ke final, gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mudah ditundukkan lawan 2-4, lebih pedih dua gol itu hasil jaringan bekas penyerang T-Team, Hairuddin Omar.


Selain itu, bekas pemain kebangsaan berusia 30 tahun itu, berkata T-Team akan turun dengan bermain habis-habisan kerana kelebihan kini lebih terarah kepada pasukan tuan rumah yang juga finalis musim lalu dan 2009.


“Bola itu bulat, jika ada rezeki tidak mustahil kami mampu melangkah ke final, jika di Kuala Terengganu, lawan mampu menjaringkan empat gol, di Paroi Sabtu ini, tidak mustahil kami pula mampu melakukannya.“Untuk itu, sebagai pemain yang pernah merasai nikmat juara ketika bersama Terengganu, kami sudah memasang tekad bagi memastikan misi mara ke final bakal tercipta selepas gagal bersaing merebut kejuaraan liga dan Piala FA musim ini,” katanya.

Aksi Terbaik Dari Fauzi

PEMAIN pinjaman Terengganu, Mohd Faizal Muhamad, berikrar untuk membalas kepercayaan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan aksi terbaiknya pada pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.

Menurut pemain Harimau Muda A itu, dia mula memasang impian selepas mengetahui Terengganu bakal berdepan Red Giant di eparuh akhir yang pernah memusnahkan harapan Terengganu mara ke final 2005.

“Selepas mengetahui lawan adalah Selangor, saya berazam mencalar reputasi juara 32 kali itu biarpun sedar ia bukan satu tugas mudah untuk menjinakkan skuad kendalian P Maniam itu.

“Namun ia bergantung kepada keputusan jurulatih, sekiranya saya diturunkan membarisi skuad bersama ketua pasukan, Marzuki Yusof di benteng pertahanan, saya berjanji akan memberikan aksi terbaik untuk melayakkan diri ke pentas final,” katanya.

Selain itu, menurut pemain dari Sentul Patah, Marang itu dengan barisan pemain dimiliki ketua jurulatih, Irfan Bakti, dia dan rakan sepasukan percaya skuad Terengganu mampu membuatkan misi 33 Selangor terkubur di stadium berusia 45 tahun itu.

“Saya juga berpendapat dengan corak latihan dan kepakaran taktikal diterapkan Irfan Bakti, kami mampu menumbangkan terus cabaran Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu yang semakin serasi dengan Marzuki, turut mengingatkan dirinya dan rakan sepasukan supaya tidak cepat berasa selesa dengan bekalan dua gol sebaliknya terus berwaspada

Tidak Sukar Untuk Dapat 3 Gol

Untuk dapat 3 gol ialah dengan cara meningkatkan tempo permainan yang kemas & kesungguhan pemain perlu dipamerkan.

ATAS kertas, peluang pasukan berstatus kelab, T-Team untuk melakar sejarah dengan mara ke final Piala Malaysia begitu tipis.

Malah, misi yang dianggap penuh mustahil itu terpaksa dilalui anak- anak buah Yunus Alif di hadapan ribuan penyokong Negeri Sembilan di Paroi bagi aksi separuh akhir kedua malam esok.

‘Ibarat nyawa di hujung tanduk’, tiada jalan singkat boleh dilalui kesebelasan utama T-Team melainkan memburu tiga gol tanpa dibolosi pasukan tuan rumah.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu (Selasa lalu), T-Team gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-4.

“Memang sukar untuk kami mara ke final jika dilihat kepada jumlah jaringan yang diperoleh lawan pada separuh akhir pertama.

“Mereka memperoleh empat gol di tempat lawan dan ia adalah bekalan yang cukup selesa buat mereka,” kata Yunus kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas mengenai persiapan aksi kedua malam esok, Yunus menjelaskan dia mungkin membuat sedikit perubahan termasuk di posisi penjaga gol.

Katanya, pada perlawanan pertama baru-baru ini, penjaga gol pasukannya, Mohd. Zairi Hafiezi seperti gugup untuk beraksi sehingga melepaskan dua gol mudah.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa dia (Zairi) seperti tertekan setiap kali pemain lawan, khususnya Hairuddin Omar memegang bola.

“Malah, ada dua atau tiga gol yang tidak sepatutnya dilepaskan. Jadi, saya akan memikirkan semula kedudukan Zairi sama ada menggantikannya dengan Mohd. Jibrail,” katanya lagi.

Bagaimanapun kata Yunus, beliau sebenarnya masih mengharapkan kebangkitan luar biasa daripada para pemain T-Team pada aksi di Paroi esok.

Katanya, pengalaman beberapa pemain seperti Indra Putra Mahyuddin, Zairo Anuar Zailani dan Nor Farhan begitu ditagih.

“Kami adalah sebuah pasukan yang mengamalkan corak menyerang dan saya harap kami mampu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga gol di tempat lawan,” ujarnya.

Thursday, October 20, 2011

Selangor Tertekan



SELANGOR tidak mempunyai pilihan selain memberikan tumpuan sepenuhnya untuk menyerang seawal minit pertama sekiranya mahu memastikan tempat ke final Piala Malaysia di gelanggang sendiri, Stadium Shah Alam pada hujung bulan ini menjadi milik mereka.

Skuad kendalian P Maniam itu perlu meledak tiga gol tanpa bolos untuk merealisasikan impian itu apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Malah mereka tidak lagi boleh memberikan ruang kepada pemain lawan untuk menguasai permainan seperti yang berlaku ketika tewas 0-2 malam kelmarin kerana jentera pemusnah Terengganu sememangnya diakui antara yang berbahaya dalam kancah bola sepak tempatan ketika ini.

Kekalahan itu bagaimanapun belum memaksa Maniam untuk mengangkat bendera putih menjelang aksi timbal balik yang menjadi peluang terakhirnya menyalakan kembali “Misi 33”.

“Sudah pasti ia bukan tugas yang senang untuk kami terutamanya apabila mereka mendahului dua gol di sini (Stadium Shah Alam) namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil (mengatasi lawan) sekiranya pemain mampu memberikan aksi yang terbaik. Kami masih berpeluang,” katanya.

Tambahnya antara aspek penting yang perlu ditingkatkannya adalah sentuhan penyudah selepas mendapati barisan pemainnya mampu mencipta beberapa peluang meledak gol terutamanya pada separuh masa pertama.

Malam Manaf



“JANGAN terlalu selesa dengan situasi sekarang.” Demikian peringatan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti kepada anak-anak buahnya meskipun sudah memperoleh bekalan selesa selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011, malam kelmarin.

Irfan secara sinis mengakui dua gol yang diperoleh di Stadium Shah Alam itu bukanlah modal besar sehingga membolehkan para pemainnya bermain sambil lewa pada aksi kedua di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

“Memang kami menang 2-0, tetapi permainan belum lagi berakhir. Masih ada 90 minit lagi yang perlu kami lalui dan dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku," katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru, kata pengendali kelahiran Kelantan itu, komitmen amat ditagih daripada kesemua pemain dalam misi mereka memburu tempat ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

Jelasnya, kejayaan menumbangkan Kelantan pada suku akhir dan mendahului Selangor dengan kelebihan dua gol menjadi bukti terhadap kehebatan Terengganu ketika ini.

“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berpesta dan kami perlu mengelakkan diri daripada bersikap terlalu angkuh serta sombong. Kami perlu cekalkan hati kerana perjuangan kami masih belum selesai.

“Selangor akan hadir di Kuala Terengganu tanpa sebarang tekanan kerana mereka tahu kami memiliki kelebihan besar. Tetapi, situasi inilah yang membimbangkan saya kerana takut pemain akan leka sehingga membahayakan kedudukan pasukan,” jelasnya.

Pada perlawanan di Stadium Shah Alam kelmarin, kesebelasan utama Terengganu sekali lagi menampilkan kelas tersendiri apabila mudah menjerat Selangor dengan dua gol menerusi sentuhan Abdul Manaf Mamat.

Kejayaan itu sekali gus mengulangi skrip yang sama di Kota Bharu minggu lalu apabila anak-anak buah Irfan mampu menyerap tekanan ribuan penyokong Gergasi Merah Kuning yang membanjiri stadium.

“Bukan mudah sebenarnya beraksi di Shah Alam kerana Selangor sama seperti Kelantan mempunyai kelompok penyokong yang sangat hebat. Namun, kami berjaya lepasi kesukaran ini dengan keputusan yang positif,” katanya.

Mengulas perlawanan kelmarin, Irfan menjelaskan gol seawal minit pertama yang dijaringkan Manaf berjaya menaikkan semangat para pemain untuk terus bertahan mengekang asakan lawan.

Jelasnya, kehadiran Reshafiq Alwi dan Ahmad Nordin di bahagian tengah juga perlu diberikan pujian termasuk jentera tengah yang dikemudi Marzuki Yusof.

“Saya pilih Manaf sebagai pemain terbaik pada perlawanan semalam dan memberi kredit kepada Reshafiq dan Ahmad Nordin atas kesungguhan mereka membantu jentera tengah dan pertahanan.

“Inilah barisan terbaik saya dan pemain telah mempamerkan satu mutu permainan luar biasa sejak kebelakangan ini,” katanya.

Kekal Rentak Menyerang



Biarpun memiliki kelebihan dua gol untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di padang sendiri, jurulatih Terengganu Irfan Bakti tetap menyasarkan kemenangan pada perlawanan di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Dia menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor di Stadium Shah Alam Selasa lalu belum selamat buat skuad Penyu untuk memasang angan-angan ke pentas akhir.

Berikutan itu, Irfan menggesa anak-anak buahnya mengekalkan rentak yang sama jika mahu mengecewakan Red Giants buat kali kedua.

"Saya tetap menghormati Selangor walaupun kami memenangi perlawanan malam ini. Selangor sudah pasti akan berusaha untuk bangkit pada perlawanan kedua nanti dengan mendapatkan gol awal.

"Walaupun kami mendahului pada separuh akhir pertama, kami akan meneruskan corak permainan menyerang seperti mana yang kami buktikan ketika kami menyingkirkan Kelantan.

"Kami menang 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama tetapi kami tetap bermain secara menyerang pada suku akhir kedua di Kota Bharu.

"Perlawanan separuh akhir masih ada 90 minit, kami tetap mahu cuba mendapatkan kemenangan di tempat sendiri, " katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Abdul Manaf Mamat, yang baru kematian bapanya tidak sampai seminggu, muncul wira Peteh apabila menyumbat dua gol pada minit pertama dan ke-32 sekali gus meletakkan Terengganu ke pentas akhir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.

Mengulas perlawanan kelmarin, Irfan gembira kerana pemain beraksi seperti dirancang dengan gol awal yang tercipta pada minit pertama memberikan impak kepada persembahan pasukannya.

"Saya memang mahukan pemain cukup bersedia untuk hadapi perlawanan ini dan mereka membuktikannya pada malam ini dengan bermain mengikut apa yang saya rancang.

"Asaari Samsudin dan Manaf Mamat antara yang cemerlang pada malam ini kerana banyak mencipta gerakan kepada rakan sepasukan, selain memberi bantuan dari bahagian bawah," katanya.

T-Team 2-4 Negeri Sembilan [Separuh Akhir Piala Malaysia 2011]

Jatuh Pun Boleh Buat Gol .

Wednesday, October 19, 2011

Terengganu Selangkah Ke Final



DUA jaringan berharga Abdul Manaf Mamat pada separuh masa pertama memastikan Terengganu selangkah ke pentas final Piala Malaysia 2011 sekali gus hampir memadam “Misi 33” yang membara di kalangan pemain Selangor.

Kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi memberikan kelebihan selesa kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.


Kealpaan dan kelalaian pemain Selangor yang diketuai pemain pertahanan kiri, P Gunalan dalam merantai gerakan lawan jelas menghukum tuan rumah sehingga membolehkan pelawat menguasai sebahagian besar permainan.

Malah semangat membara Selangor yang mendapat sokongan 25,000 penyokong tersentak ketika perlawanan hampir memasuki minit pertama apabila penyerang sensasi Terengganu, Abdul Manaf membuka jaringan buat juara Piala FA itu.


Belum sempat barisan pemain Selangor mengemaskan permainan, Abdul Manaf sekali lagi menghukum anak-anak buah P Maniam menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-32 untuk mengecewakan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan buat kali kedua.


Dua jaringan itu menceriakan kira-kira 5,000 penyokong Terengganu dan jelas mengganggu perancangan awal Maniam yang menggunakan pemain tengah, Azidan Sarudin sebagai penyerang sehingga terpaksa memasukkan Rudie Ramli pada minit ke-36 untuk menguatkan jentera serangan.

Ketiadaan kapten berpengaruh, Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan jelas mengganggu rentak Selangor apabila gerakan mereka sering kali berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan sehingga menyaksikan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli jarang diuji.


Malah gandingan beberapa pemain tengah berpengalaman diketuai Mohd Safiq Rahim gagal merencanakan serangan berbahaya Selangor ke kubu lawan sebaliknya lawan tenang menguasai permainan.

Walaupun cuba meningkatkan rentak permainan, Selangor masih gagal mencari sebarang gol sebagai bekalan untuk dibawa ke Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan mereka terpaksa mencari tiga gol tanpa bolos sekiranya mahu menempah tiket ke final.


Kemenangan itu membolehkan naib juara Liga Super yang menyingkirkan juara bertahan, Kelantan pada suku akhir minggu lalu semakin hampir untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dijulang mereka pada 2001.

Tewas Kerana kelemahan Penjaga Gol

Kelemahan Ketara TTeam ialah penjaga gol , tempo permainan agak perlahan serta tiada kesungguhan yang dipamerkan untuk melancarkan serangan.



BEKAL selesa dikutip Negeri Sembilan ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi apabila menundukkan T-Team, 4-2 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah mendahului tiga kali pada babak pertama tetapi anak buah Yunus Alif bingkas menyamakan kedudukan sebelum Negeri Sembilan yang turun dengan status naib juara, melebarkan jurang pada awal babak kedua.



Pelawat membuka jaringan seawal minit keenam menerusi rembatan Shahurain Abu Samah yang menerima hantaran cantik S Kunanlan sebelum menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zairi Hafiezi Idris tetapi selang lima minit, Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk umpanan Fitiri Omar.



T-Team berpeluang menambah jaringan tetapi rembatan Norfarhan Mohamad pada minit ke-22 ditepis penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias dan penyerang veteran, Hairuddin Omar memastikan pelawat kembali di depan apabila menyempurnakan hantaran Shukor Adan dengan tandukan berbisanya.

Tuan rumah sekali lagi menyamakan kedudukan, kali ini menerusi Norfarhan yang rembatannya terkena tiang sebelum menerjah gawang tetapi sekali lagi Hairuddin tampil menambah jaringan dengan menanduk masuk hantaran lintang Kunanlan untuk kedudukan 3-2 sebelum rehat.

Sebaik babak kedua bersambung, Negeri Sembilan meneruskan asakan dan selepas enam minit, kelalaian benteng pertahanan T-Team mengeluarkan bola membolehkan Kunanlan mara ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan sepakan lencong untuk gol keempat Negeri Sembilan.

Dibolosi empat gol, Yunus mengambil keputusan menggantikan penjaga gol dengan memasukkan Jibrail Kamaron Baharin bagi menggantikan Zairi dan ternyata percaturan itu memberi kesan dengan pelawat gagal menambah jaringan untuk kedudukan 4-2 kekal hingga tamat.



T-Team perlu bekerja keras di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada perlawanan timbal balik Sabtu ini untuk mencari sekurang-kurangnya kemenangan 3-0 andai mahu mara ke final buat pertama kali.


Tuesday, October 18, 2011

Final Piala Malaysia : Terengganu vs T Team








Rakyat Malaysia meramalkan Terengganu akan bertemu dengan T Team di Final Piala Malaysia pada 29. Oktober 2011. Moga doa ini menjadi realiti. Insya Allah

Malam Ni Macam Hujan lebat je

Hujan Turun di bandaraya Kuala Terengganu mulai pagi tadi lagi. Sekarang pun hujan maseh turun lagi. Cuaca mendung. Perlawanan Semi Final Piala malaysia malam ini antara T Team vs Negeri Sembilan akan bermain diatas padang basah.


Indra Pemusnah Impian Negeri Sembilan



PENYERANG T-Team, Indra Putra Mahyuddin mendedahkan dia mempunyai ramuan tersendiri dalam misi membantu pasukannya mencatat kemenangan selesa apabila bertemu Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini, dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Semangat membara pemain berasal dari Kampung Jelapang Jaya, Perak, untuk membantu pasukannya mencatat sejarah bukan omong kosong kerana dia bersama dua lagi rakan, Azizi Matt Rose dan Mohd Nor Farhan Muhammad, pernah membantu Kelantan menjulang piala berprestij itu musim lalu.

“Kejayaan membantu Kelantan menjuarai trofi kebanggaan bola sepak negara itu cukup manis dan kini saya bersama dua lagi rakan mempunyai resepi tersendiri dan bertekad untuk meneruskan impian muncul juara bersama T-Team pula.

“Biarpun masih selangkah lagi untuk mara ke final, saya dan rakan sepasukan sudah merancang jerat untuk menumbangkan Negeri Sembilan kerana kami memerlukan bekalan selesa untuk bertandang ke Paroi, Sabtu ini,” katanya.

Sementara itu, kapten T-Team, Rosdi Talib, mengakui barisannya mempunyai peluang cerah mara ke final kali ini sekiranya rakan sepasukan tidak melakukan kesilapan mudah.

Bekas kapten kebangsaan berkata, pertembungan malam ini pasti menjanjikan saingan menarik kerana sudah pasti pasukan lawan ingin mencalar maruah tuan rumah selain T-Team ingin membalas dendam dua kekalahan dalam liga.

“Kekalahan dua perlawanan lalu memberi pengajaran berguna buat kami. Kini kami tampil dengan wajah baru dengan kemasukan pemain berasal dari Sabak Bernam, Selangor, Mohd Fitri Omar selain ketangkasan penjaga gol muda, Mohd Zairie Hafizi, menambah lagi sengat pasukan kami.

“Seandainya adunan pemain muda dan berpengalaman yang membarisi T-Team memberikan fokus 100 peratus dan tidak melakukan kesilapan mudah, saya percaya kami bakal mengisi satu slot ke final musim ini sekali gus menembus kehampaan dalam saingan liga dan Piala FA,” katanya.

Pertahanan kental, Azizi berkata, kata-kata semangat serta imbuhan istimewa yang bakal diterima pemain sekiranya layak ke final yang diungkapkan Menteri Besar Terengganu, malam kelmarin, bakal menyuntik semangatnya dan rakan sepasukan untuk beraksi cemerlang.

“Kami sudah berikrar dan berazam mempamerkan aksi terbaik untuk mara ke pentas final sekali gus menjulang piala berprestij itu selepas membantu Kelantan musim lalu,” katanya.