JURULATIH Terengganu Irfan Bakti sedia membuat percaturan baharu dengan mempertaruhkan khidmat beberapa pemain simpanan apabila skuad Penyu itu bertandang ke Kelantan bagi saingan suku akhir kedua kempen Piala Malaysia malam esok.
Keputusan drastik itu terpaksa dibuat ekoran layangan kad merah yang diberikan kepada dua tonggak utamanya, Ismail Faruqi dan Zubir Azmi pada aksi suku akhir pertama Isnin lalu.
Menurut Irfan, dia mungkin mempertaruhkan wira Piala FA, Ahmad Nordin Alias untuk mengisi posisi tengah yang ditinggalkan Ismail berdasarkan pengalaman dan kemampuan pemain itu beraksi dalam perlawanan genting.
Jelasnya, Ahmad Nordin merupakan seorang pemain yang rajin dan telah dimasukkan pada minit-minit terakhir perlawanan ketika Terengganu menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Isnin lalu.
"Buat masa ini, pilihan saya adalah Ahmad Nordin namun keputusan rasmi mengenai siapa yang bakal disenaraikan dalam skuad utama hanya akan diputuskan sebelum perlawanan berlangsung esok," katanya kepada Kosmo! semalam.
Untuk rekod, Ahmad Nordin yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan musim ini dijulang sebagai wira sebenar skuad Penyu apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika Terengganu menumbangkan Kelantan 2-1 pada final Piala FA di Bukit Jalil Jun lalu.
Sementara itu, posisi pertahanan kiri yang ditinggalkan Zubir Azmi pula bakal menjadi rebutan antara pertahanan berpengalaman, Ronny Harun dan Nik Zul Aziz Nawawi.
"Kita mempunyai barisan pemain yang mampu beraksi di mana-mana posisi dan saya tidak perlu risau mengenai ketiadaan tonggak utama kami.
"Mungkin secara asasnya kami alami sedikit kekurangan, namun saya perlu percaya akan kemampuan semua pemain di dalam pasukan ini," jelasnya lagi.
Mengulas mengenai pengadilan pada pertemuan malam esok, Irfan mengakui tekanan besar memang terpaksa dilalui mana-mana pengadil yang diberi tanggungjawab mengadili perlawanan-perlawanan genting.
"Saya tidak menyalahkan pengadil dalam apa juga keputusan yang dibuat, namun saya berharap perlawanan Jumaat ini (malam esok) dapat berlangsung dengan aman tanpa sebarang kontroversi," katanya.

No comments:
Post a Comment