DUA gol yang dihasilkan di tempat lawan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 kelmarin meletakkan T-Team sebagai calon awal untuk mengisi satu slot ke separuh akhir.
Kelmarin, pasukan berstatus kelab itu meneruskan rentak gemilang apabila menewaskan finalis tiga kali, Sabah 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Turun sebagai pasukan pelawat, anak-anak buah Yunus Alif jelas berada pada kelas tersendiri apabila memperoleh dua gol menerusi sentuhan Indra Putra Mahyuddin.
Yunus ketika mengulas mengenai kemenangan itu memberikan kredit kepada para pemain yang dianggapnya memiliki 'psikologi kental' ketika berdepan lebih 15,000 penyokong pasukan lawan di Likas.
Namun, dia awal-awal lagi memberi ingatan kepada anak-anak buahnya agar tidak terlalu berpuas hati dengan kemenangan itu.
"Memang dua gol ini cukup besar buat kami lebih-lebih lagi ia dihasilkan di tempat lawan. Secara matematiknya, kelebihan memang memihak kepada T-Team.
"Bagaimanapun, kami masih mempunyai 90 minit dan sudah semesti para pemain tidak boleh terlalu leka dengan kelebihan yang ada," katanya kepada Kosmo! semalam.
Ujar bekas pemain kebangsaan ini lagi, para pemain perlu mengekalkan rentak sedia ada dalam misi mencipta sejarah dengan mara ke separuh akhir.
Malah katanya, kelebihan beraksi sebagai tuan rumah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat ini perlu digunakan sebaiknya.
"Sabah akan datang ke Kuala Terengganu tanpa sebarang tekanan kerana mereka tahu mereka hanya perlu menjaringkan lebih banyak gol.
"Justeru, saya tidak mahu pemain terperangkap dengan corak menyerang pasukan lawan kerana ia hanya akan memberi tekanan kepada kami," katanya.
Ditanya mengenai kedudukan T-Team yang dilabel sebagai calon finalis musim ini, Yunus menjelaskan dia belum mahu memikirkan soal perlawanan akhir.
"Ada satu lagi aksi suku akhir yang perlu kami hadapi dan jika ada rezeki, kami akan bermain dalam dua perlawanan separuh akhir.
"Jadi, saya hanya ingatkan pemain agar fokus dalam setiap perlawanan dan tidak terlalu memikirkan soal siapa lawan kami selepas ini," tambahnya.

No comments:
Post a Comment