Thursday, October 25, 2012

Akan Menjadi Pengurus, Jurulatih & Pemain

ANDAI tiada sebarang masalah, bekas bintang Liverpool, Robbie Fowler bakal mengendali pasukan berstatus kelab, T-Team.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, Fowler harus menjalani beberapa ujian sebelum dilantik sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih T-Team musim depan.

Menurut Ahmad, Fowler, 37, telah menyatakan kesanggupan untuk menggalas tanggungjawab tersebut, namun pihaknya masih belum mahu membuat sebarang keputusan.

"Sebelum membuat pelantikan, kita akan menilai terlebih dahulu dari pelbagai aspek termasuk kecergasan dan sebagainya.

"Dia (Fowler) sanggup berkhidmat di negeri ini (Terengganu) sebagai ketua jurulatih dan pengurus (T-Team). Namun, kita akan panggil untuk diuji," jelas Ahmad.

No comments:

Post a Comment