Friday, October 21, 2011

Aksi Terbaik Dari Fauzi

PEMAIN pinjaman Terengganu, Mohd Faizal Muhamad, berikrar untuk membalas kepercayaan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan aksi terbaiknya pada pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.

Menurut pemain Harimau Muda A itu, dia mula memasang impian selepas mengetahui Terengganu bakal berdepan Red Giant di eparuh akhir yang pernah memusnahkan harapan Terengganu mara ke final 2005.

“Selepas mengetahui lawan adalah Selangor, saya berazam mencalar reputasi juara 32 kali itu biarpun sedar ia bukan satu tugas mudah untuk menjinakkan skuad kendalian P Maniam itu.

“Namun ia bergantung kepada keputusan jurulatih, sekiranya saya diturunkan membarisi skuad bersama ketua pasukan, Marzuki Yusof di benteng pertahanan, saya berjanji akan memberikan aksi terbaik untuk melayakkan diri ke pentas final,” katanya.

Selain itu, menurut pemain dari Sentul Patah, Marang itu dengan barisan pemain dimiliki ketua jurulatih, Irfan Bakti, dia dan rakan sepasukan percaya skuad Terengganu mampu membuatkan misi 33 Selangor terkubur di stadium berusia 45 tahun itu.

“Saya juga berpendapat dengan corak latihan dan kepakaran taktikal diterapkan Irfan Bakti, kami mampu menumbangkan terus cabaran Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu yang semakin serasi dengan Marzuki, turut mengingatkan dirinya dan rakan sepasukan supaya tidak cepat berasa selesa dengan bekalan dua gol sebaliknya terus berwaspada

No comments:

Post a Comment