Friday, October 21, 2011

Fazly Akan Menguatkan pertahanan

EPISOD duka dicalar Negeri Sembilan di gelanggang sendiri Selasa lalu, mahu segera dilupakan barisan Yunus Alif yang bakal turun dengan strategi berbeza dalam misi memadam kelebihan dua gol dimiliki lawan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Paroi, malam esok.

Pertahanan kental T-Team, Nor Fazly Alias berkata, dia dan rakan sepasukan sudah melupakan episod malang itu dan kini bersemangat untuk menebus kembali kekalahan itu dalam misi melayakkan diri ke final.


“Luka dimalukan lawan memang perit untuk dihadapi, namun dengan semangat dan motivasi diberikan pihak pengurusan, kami kembali fokus untuk perlawanan kedua ini dengan strategi berbeza,” katanya.

Pada aksi separuh akhir pertama itu, skuad T-Team yang dijanjikan imbuhan istimewa daripada kerajaan negeri jika layak ke final, gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mudah ditundukkan lawan 2-4, lebih pedih dua gol itu hasil jaringan bekas penyerang T-Team, Hairuddin Omar.


Selain itu, bekas pemain kebangsaan berusia 30 tahun itu, berkata T-Team akan turun dengan bermain habis-habisan kerana kelebihan kini lebih terarah kepada pasukan tuan rumah yang juga finalis musim lalu dan 2009.


“Bola itu bulat, jika ada rezeki tidak mustahil kami mampu melangkah ke final, jika di Kuala Terengganu, lawan mampu menjaringkan empat gol, di Paroi Sabtu ini, tidak mustahil kami pula mampu melakukannya.“Untuk itu, sebagai pemain yang pernah merasai nikmat juara ketika bersama Terengganu, kami sudah memasang tekad bagi memastikan misi mara ke final bakal tercipta selepas gagal bersaing merebut kejuaraan liga dan Piala FA musim ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment