Tuesday, October 25, 2011

Terima Kasih Kerajaan Terengganu

Terima kasih Menteri Besar Terengganu


Bagi meredakan keluhan penyokong yang menganggap harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia agak melampau, kerajaan negeri akan memberi subsidi sebanyak 50 peratus.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri telah mengarah Persatuan Bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) menempah 30,000 tiket kepada penyokong negeri dengan pembayaran terus kepada persatuan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said juga mahu ia diagihkan keseluruh negeri dengan 500 keping diperuntukkan bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

1 comment:

  1. hari ahad cuti x??sbb dgr2 citer cuti.bdok sekoloh ramai yg nk gi...

    ReplyDelete