Sunday, October 16, 2011

Manaf Ceria Dalam Duka




SUKA dalam duka. Itu gambaran kejayaan Terengganu mengetepikan juara bertahan, Kelantan dalam saingan suku akhir Piala Malaysia secara agregat, 5-3 selepas seri 2-2 di Stadium Sultan Mohammed Ke IV, malam kelmarin.

Di sebalik kegembiraan meraikan kejayaan, mereka turut bersimpati dengan penyerang, Abdul Manaf Mamat kehilangan bapa tersayang, Mamat Mahmud, 73, sehari sebelum hari perlawanan.
Kapten pasukan, Marzuki Yusoff berkata, dia dan rakan sepasukan lain turut bersedih dengan berita kematian bapa Manaf dan berpendapat kemenangan ini adalah hak Manaf.
“Walaupun lebih bertahan daripada menyerang, saya berterima kasih dan kagum dengan semangat ditunjukkan Manaf. Dia mampu mengetepikan kesedihannya untuk beraksi cemerlang. Kemenangan mutlak ini adalah miliknya. Saya dan rakan sepasukan menghadiahkan kejayaan ini kepadanya,” katanya semalam.

Penjaring kedua terbanyak skuad Penyu itu menerima berita sedih kematian bapanya, Mamat Mahmud, 73, akibat penyakit angin ahmar dan hanya menyertai pasukan beberapa jam sebelum perlawanan.

No comments:

Post a Comment