Tuesday, October 25, 2011

Marah Naik Harga

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket sebanyak 70 peratus untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Selangor, Ahad ini.

FAM menaikkan harga tiket dari RM30 dinaikkan kepada RM50.
Ahmad Shabery berkata, beliau sendiri berasa pelik dan tidak boleh menerima tindakan FAM menaikan harga tiket di saat akhir iaitu beberapa hari sebelum perlawanan itu berlangsung.
Katanya, beliau bimbang tindakan FAM terbabit boleh menyebabkan ramai penonton Terengganu dan Negeri Sembilan kecewa kerana tidak mampu membeli tiket untuk menyaksikan pelawanan pasukan kesayangan mereka di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Jangan kita lihat kenaikkan harga tiket berkenaan membabitkan individu kerana kebanyakan penonton datang bersama keluarga atau rakan. Dulu satu keluarga terdiri daripada empat hingga lima orang mereka akan belanja RM150 tetapi sekarang mereka perlu belanja RM250 dan ini satu kenaikkan mendadak.

"Saya tidak berasa marah dan begitu kecewa jika FAM membuat pengumum awal mengenai kenaikkan harga tiket terbabit kerana ia membolehkan penonton bersedia lebih awal dan mengakibatkan kegairah mereka menyaksikan perlawanan menurun seketika. Malah, ramai penonton merungut kerana keadaan padangnya teruk," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco Sukan Negeri di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Berikutan itu, Ahmad Shabery menggesa FAM mengkaji semula harga tiket yang akan dikenakan kepada penonton supaya tidak membebankan dan sekali gus menggalakkan lebih ramai peminat bola sepak dari seluruh negara menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia itu. Ahmad Shabery berkata, FAM patut mengambil kira perasaan penonton dan peminat bola sepak di seluruh negara sebelum mereka bertindak menaikan harga tiket perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan terbabit.

Ini kerana, katanya kekuatan dan tarikan utama sukan bola sepak di Malaysia dan di peringkat dunia adalah bergantung kepada sokongan peminat. "Jika mengetepikan soal hati dan perasaan penonton atau penyokong bola sepak maka kita seolah-olah mengetepikan apa yang menjadi asas dan kekuatan sukan ini...ia adalah satu kesilapan besar. "Saya berharap FAM dapat belajar daripada tindakan Queens Park Rangers (QPR) memberi diskaun kepada penonton yang membeli tiket secara 'online' lebih awal," katanya.

No comments:

Post a Comment