Saturday, October 15, 2011

Penyokong Kelantan Di Malukan




JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan ditunjukkan jalan keluar oleh Terengganu selepas aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, semalam sekali gus membolehkan juara Piala FA itu bertemu Selangor pada aksi separuh akhir.

Skuad Kelantan yang dikendalikan Datuk M Karathu bukan saja gagal bangkit untuk memadamkan kelebihan pelawat yang mencatatkan kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada Isnin lalu malah dikejutkan dengan dua jaringan awal lawan menerusi Ashaari Shamsuddin.

Pemain kebangsaan terbabit yang disisihkan skuad kebangsaan ke Australia baru-baru ini membuktikan kewibawaannya dengan membuka jaringan menerusi satu serangan balas pada minit ke-18 apabila mudah melambung bola tinggi menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Dia terus menjadi pemusnah kebangkitan The Red Warriors apabila meledak gol kedua pada minit ke-40 walaupun Kelantan terlebih dulu dihidangkan dengan sejumlah peluang menjaringkan gol termasuk dua percubaan kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi yang menggegar palang dan tiang gol.

Jaringan terbabit nyata memberikan keselesaan kepada anak buah Irfan Bakti Abu Salim yang menamatkan saingan separuh masa pertama dengan agregat 5-1.

Kelantan tetap cuba bangkit dengan membuka jaringan pada minit ke-54 menerusi jaringan Azamuddin Mohd Akil selepas penjaga gol Terengganu, Mohd Sharibee Allawee Ramli gagal menangkap kemas bola dan menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti Mohd Badri pada minit ke-70.



Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zaman Wan Mustapha (Mohd Izuan Salahuddin), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Khairan Eruan Razali (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu (Muhammad Ramzul Zahini Adenan), Azamuddin Mohd Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Nik Zu Aziz Nawawi, Mohd Marzuki Yusoff (KP), Mohd Faizal Mohamad, Ahmad Nordin Alias, Joseph Kalang Tie (Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin), Reeshafiq Alwi, Mohamad Ashaari Shamsuddin (Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi), Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahaya (Mohamad Zharif Hasna).

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (5) Terengganu (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (6) Terengganu (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (4) Terengganu (2)
Sepakan percuma : Kelantan (28) Terengganu (21)
Ofsaid : Kelantan (1) Terengganu (7)
Kekasaran : Kelantan (20) Terengganu (16)
Kad kuning : Kelantan (Khairan Eruan Razali dan S Subramaniam) Terengganu (Joseph Kalang Tie, Abdul Hadi Yahaya dan Reeshafiq Alwi)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lapan minit
Penguasaan bola : Kelantan (52%) Terengganu (48%)

No comments:

Post a Comment