Saturday, October 15, 2011

TTeam Turut Mara Ke semi Final



T-TEAM mengiring kemaraan pasukan ‘abang’ Terengganu ke separuh akhir apabila menewaskan Sabah 2-1 dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi untuk layak dengan agregat 4-2.

Namun di awal babak pertama, rumah, T-Team yang berbekal kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, meresahkan penyokong sendiri apabila membiarkan barisan depan Sabah yang diketuai Zainizam Marjan mendominasi perlawanan dan hampir dihukum Alto Linus apabila rembatan penyerang itu singgah ke palang ketika penjaga gol, Mohd Zairi Hafiezi Idris sudah tertewas.


Di sebalik keghairahan Sabah mencari gol pendahuluan, rembatan rendah Fitri Omar meletakkan T-Team di depan apabila mudah menewaskan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein pada minit ke-28 selepas umpanan cantik Norfarhan Mohamad.



Bersemangat dengan gol pertama, dua cubaan Indra Putra Mahyuddin dan Fitri sekadar menyuntik semula semangat tuan rumah dan kesungguhan jentera serangan, membolehkan Zairo Anuar Zailani meletakkan T-Team dalam keadaan lebih selesa dengan rembatan kencang untuk gol kedua pada minit ke-67.

Sabah yang terus menunjukkan sifat melawan merapatkan kedudukan menerusi Mafri Balang pada minit ke-86 tetapi ia tidak cukup untuk menghalang kemaraan skuad Yunus Aliff ke separuh akhir.

No comments:

Post a Comment