Sunday, October 23, 2011

Terengganu Berjaya Ke Final



Abdul Manaf Mamat sekali lagi membuktikan kehebatannya, apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-19, hasil gerakan menarik di dalam petak penalti.

Gol kedua juara Piala FA 2011 itu dihasilkan menerusi Ashaari Shamsuddin pada minit ke-72, apabila melakukan rembatan deras melalui kaki kiri dari luar petak penalti.

Dua minit sebelum perlawanan tamat skuad bimbingan P. Maniam berjaya memperoleh gol saguhati hasil tandukan Safiq Rahim, yang menerima hantaran lintang Amirul Hadi Zainal

1 comment:

  1. Kesemua pemain bermain bagus malam tadi.Piala Malaysia akan ke Terengganu.Harap kekalkan kecemerlangan bola sepak Terengganu Kiter.Peteh Ganu Peteh.

    ReplyDelete